WordPress Now
WordPress Now

Hai hai hai….Salam 1 Malaysia! :)

Anda minat barangan piuter?  Jika anda minat, anda berada di tempat yang betul! Kerana kami akan berkongsi dengan anda tentang Royal Selangor yang merupakan pembuat barangan piuter yang terkanal di dunia, dan apa yang istimewanya Royal Selangor ini ialah, ia berada di negara kita, iaitu Kuala Lumpur!

Royal Selangor

Royal Selangor Pewter atau nama asalnya adalah Selangor Pewter diasaskan pada tahun 1885 oleh seorang pendatang China bernama Yong Koon . Pada abad ke-18 kebanyakan barangan piuter terdiri daripada bekas colok dan pemegang lilin bagi pasaran timur. Dengan kedatangan British, bekas abu rokok, cawan teh dan cawan arak turut dihasilkan.

Royal Selangor pewter factory

Royal Selangor Pewter mula memasuki pasaran eksport pada tahun 1970-an iaitu menembusi pasaran luar seperti Singapura, Hong Kong dan Australia. Pada tahun 1980-an, pasaran dikembangkan sehingga ke Eropah dan kemudiannya ke Jepun. Pada tahun 1992, namanya ditukarkan Royal Selangor Pewter untuk menunjukkan pengiktirafan Diraja dan kepelbagaian barangan keluarannya yang merangkumi selain piuter.

KUL_Kuala_Lumpur_Royal_Selangor_pewter_factory

Kini, syarikat ini menawarkan lebih seribu jenis barangan pinggan mangkuk dan cenderamata yang beraneka, termasuk kole tradisional, set teh, bingkai gambar, aksesori meja dan aksesori wain. Syarikat ini mengedar barangannya dari tapaknya di Kuala Lumpur ke lebih 40 cawangan di 20 negara seluruh dunia, termasuklah cawangan di London, Toronto, Melbourne, Tokyo, Hong Kong dan Singapura. Royal Selangor juga didapati dalam kedai serbaneka Harrods dan John Lewis di United Kingdom serta Wako dan Mitsukoshi di Jepun. Selain diwakili oleh lapan pejabat dalam lima benua, Royal Selangor juga diwakili is di tempat-tempat lain di dunia melalui laman webnya www.royalselangor.com yang memetik harga produknya dalam sembilan matawang berlainan.

Salah satu faktor kejayaan Royal Selangor dalam pasaran cenderamata dan pinggan mangkuk ialah komitmennya terhadap rekabentuk inovatif dan pertukangan yang cemerlang. Setiap tahun, syarikat ini menghasilkan barisan produk baru, ada antaranya yang menerima pengiktirafan antarabangsa. Misalnya, pada tahun 1989 dan 1991, Royal Selangor menerima anugerah Design Plus di Frankfurt International Gift Fair, dan pada tahun 1997, menerima anugerah Gift of the Year dalam kategori cenderamata berlesen, dari Giftware Association of the United Kingdom.

Untitled-1

Salah satu tarikan di sini ialah School of Hard Knocks, di mana pengunjung diberi sekeping pewter dan mereka berpeluang untuk membuat bentuk pewter sendiri. Tarikan lain termasuk sebuah bekas bir terbesar dunia dan tersenarai dalam Malaysia Book of Records dan the Guinnes World Book of Records. Bekas (Mug) ini berukuran 1.987 meter tinggi dan seberat 1, 577 kg. Ia berupaya menampung minuman sebanyak 2.976 liter. Mug ini telah mengelilingi dunia ke Canada, Australia, Singapore dan China.

Untitled-2

Waktu pembukaan: Ahad – Jumaat (8.30 pagi – 5 petang), Sabtu (8.30 pagi – 4.30 petang). Anda dinasihatkan menelefon terlebih dahulu, jika ingin mendaftar masuk ke School of Hard Knocks (kerana ia melibatkan kos berasingan).

Kemasukan ke pusat pameran adalah percuma. – Tel: +603 4145 6000 Fax:+603 4025 1389


Tempat ini memang best! Jika anda sukakan maklumat ini, anda boleh mengundi artikel ini dengan menekan butang di bawah:

Terima kasih kami ucapkan untuk undian anda, ia amat bermakna untuk kami :)

11 Responses to "Wow! Royal Selangor ?"
  • miLsUm November 20, 2009 at 3:57 pm

    saya nak kumpul kawan2, wat gathering kat sini best gak nih…bleh ukir nama atas plate yg berkilauannn…hehe

    • danzaimar November 22, 2009 at 6:41 am

      huhuhu..menarik idea bro ni..boleh join??

    • Akuro San November 23, 2009 at 5:56 pm

      saya pun nak join sama! :)

      • Fathiha Zainal November 23, 2009 at 10:53 pm

        I’m in too! Hik3! Sibok je kan.. Ngeee~~

        • danzaimar November 23, 2009 at 11:28 pm

          huhuhu..kite join ramai-ramai..senang!!huhuhu

          • Akuro San November 24, 2009 at 1:38 pm

            yup! tentu meriah gila kalau dah pergi ramai-ramai kan…

            • danzaimar November 24, 2009 at 10:34 pm

              huhuhu betul tu..kos pun jimat..

  • Akuro San November 23, 2009 at 5:58 pm

    kalau saya jadi guru sekolah, saya sanggup buat proposal untuk buat lawatan disini~ huhu~

    • danzaimar November 23, 2009 at 11:29 pm

      ha..bagus cadangan bro tu..elok jugak buat lawatan ke sini..kan??

      • Akuro San November 24, 2009 at 1:39 pm

        dah tentu elok… kalau tak elok, tak der nak buat lawatan kat sini… :)

        • danzaimar November 24, 2009 at 10:35 pm

          huhuhu…ye bro..memang bagus kalau dapat datang ke sini..

Leave a Reply:

* Name

* Email Address

Website Address

Popular Articles
Featured Video
Categories
Blogroll

Recent Comments
  • EH,CANTIKNYAA...BEG TUU....... more
  • assalamualaikum..adakah muzium ini membenarkan sebarang kaji... more
  • terima kasih kerana bertanya, buat masa ini kami belum ada m... more
  • boleh ke saya request nama semua cikgu di malaysia buat masa... more
  • maaf, sy x dpt lg email dr bro...harap sent balik...tq... more