WordPress Now
WordPress Now

Hai hai hai! Salam 1 Malaysia! :)

Apa khabar anda hari ini? Kami harap anda sihat sejahtera  dan ceria di samping keluarga tersayang! Hehe.. Baik, anda minat membela burung? Bagus, kali ini kami akan berkongsi dengan anda sebuah tempat yang menempatkan lebih 3000 ekor burung yang datang dari 200 jenis spesies! Ia juga dikatakan sebagai taman burung bebas yang terbesar di dunia!  Tak lain tak bukan, Taman Burung Kuala Lumpur!

3242322677_afaf6aff3a

Taman Burung Kuala Lumpur terletak berhampiran dengan Tasik Perdana, Kuala Lumpur, Malaysia. Di sekitar kawasan ini terdapat pelbagai pusat pelancongan lain seperti Taman Rama-Rama, Masjid Negara, Taman Bunga Raya, Balai Memorial Tun Abdul Razak, Planetarium Negara dan lain-lain.

img_8775

Taman Burung ini telah dirasmikan oleh Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong, Tuanku Siti Bainun binti Mohd Ali pada 15 November 1991. Ia diuruskan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.

Flamingo.Taman.Burung.Kuala.Lumpur

Taman burung ini merupakan sebuah taman sari burung dan taman tropika khas untuk pencinta-pecinta alam. Taman burung ini dikatakan sebuah taman burung yang terbesar di rantau Asia Tenggara dengan merangkumi kawasan lembah menghijau seluas 3.2 hektar.

377

Buat pertama kalinya di Malaysia, para penggemar burung berpeluang memerhatikan lebih kurang 3000 ekor burung dari berbagai spesis berterbangan bebas di dalam suasana taman hampir semula jadi.

2284044330_abb3af948b

Terdapat burung Enggang, bangau, ranggung, nuri, serindit, kuang, kakaktua, punai, merpati, ruak-ruak dan langling, itik-itik dan flamingo serta pelbagai spesies burung yang berasal dari Malaysia dan negara seperti Australia, New Guinea, Thailand, Indonesia, Tanzania, China dan Belanda mendiami taman burung ini.

p1010133

Sambil berjalan di taman, ambil peluang bergambar dengan itik mandarin, burung helang, burung enggang, burung kasawari dan banyak lagi. Terdapat juga bilik khas untuk pengeraman telur burung, serta nurseri yang memberi peluang kepada pengunjung melihat dengan lebih dekat telur di dalam inkubator.

Terdapat juga pertunjukan burung di Amphiteater yang diadakan pada jam 12.30 tengahari dan 3.30 petang setiap hari. Jangan lepaskan peluang menyaksikan pelbagai spesies burung berterbangan di dalam taman yang indah! Jika anda memerlukan sebarang maklumat berkenaan taman ini, anda boleh menghubungi Safari Bird Park & Wonderland Sdn. Bhd. di talian +603-2272 1010 atau layari laman web mereka: www.klbirdpark.com

Jika anda sukakan maklumat dan gambar-gambar di dalam artikel ini, anda boleh mengundi dengan menekan butang di bawah :

Terima Kasih kami ucapkan untuk undian anda, Terima Kasih :)

17 Responses to "Taman Burung Kuala Lumpur!"
  • miLsUm November 21, 2009 at 9:55 pm

    Kepada peminat2 burung, rugi kalu belum sampai sini!

    • danzaimar November 22, 2009 at 6:48 am

      huhuhu…memang bro…macam-macam spesis brurung ader sini..

      • Akuro San November 24, 2009 at 1:41 pm

        betul tu~ macam-macam spesis burung ada. kalau boleh beli burung-burung tuh, mesti lagi best.. hehe~

        • danzaimar November 24, 2009 at 10:24 pm

          huhuu..nak beli burung??nak buat taman sendiri ke bro??hahhaha

          • miLsUm November 27, 2009 at 12:48 am

            bukan taman…zoo burung! haha..

            • danzaimar November 29, 2009 at 2:02 am

              huhuhuhu…zoo burung je??aiseh….zoo kena banyak binatang bro..baru meriah…huhuhu

  • Fathiha Zainal November 21, 2009 at 10:02 pm

    Yeahh!! Sayalah peminat yg masih belum smpai @ Taman Burung KL. Huhu… Nk tnye, picts tu u capture sndri ke??

    • danzaimar November 22, 2009 at 6:49 am

      kalo peminat burung, Fathiha kena pergi ni..huhuhu

    • Akuro San November 24, 2009 at 1:33 pm

      betul tu~ tak rugi pergi tempat nih… tentu best!

      • danzaimar November 24, 2009 at 10:29 pm

        sokong sangat..memang rugi kalau tak pergi sini..

  • danzaimar November 22, 2009 at 6:50 am

    teringat zaman budak-budak kecik dulu…datang sini ngan kawan-kawan sekolah…kenangan terindah kt sini…

    • Akuro San November 24, 2009 at 1:44 pm

      wah, kalau kamu dapat pergi Taman Burung ni lagi, mesti kamu akan terkenang kawan-kawan sekolah kamu kan… nice memory! :)

      • danzaimar November 24, 2009 at 10:30 pm

        betul tu..rindu sangat zaman kanak-kanak..

  • Akuro San November 23, 2009 at 5:45 pm

    wow, menarik! waktu cuti sekolah ni, boleh la kalau nak bawa keluarga melawat Taman Burung nih…

    • danzaimar November 23, 2009 at 11:25 pm

      hahaha..alang-alang nak pergi, boleh join sekali??huhuhu

      • Akuro San November 24, 2009 at 1:31 pm

        boleh… tak ada masalah pun~ hehe~

        • danzaimar November 24, 2009 at 10:31 pm

          huhuhu..terima kaseh..boleh join..

Leave a Reply:

* Name

* Email Address

Website Address

Popular Articles
Featured Video
Categories
Blogroll

Recent Comments
  • EH,CANTIKNYAA...BEG TUU....... more
  • assalamualaikum..adakah muzium ini membenarkan sebarang kaji... more
  • terima kasih kerana bertanya, buat masa ini kami belum ada m... more
  • boleh ke saya request nama semua cikgu di malaysia buat masa... more
  • maaf, sy x dpt lg email dr bro...harap sent balik...tq... more