WordPress Now
WordPress Now

Hai, Salam 1 Malaysia! :)

Anda suka shopping? Mesti la suka kan! Baik, kali ini kita nak bercerita sebuah pusat beli belah yang terkemuka di Malaysia dan juga antara yang terbesar di Asia Tenggara, iaitu Mid Valley MegaMall! Ia adalah sebuah kompleks seluas 4.5 juta kaki persegi (420,000 m²) yang terdiri daripada pusat beli-belah, blok bangunan pejabat, 30 pejabat khusus dan 2 buah hotel. Ia telah dibuka pada November 1999, dan ia juga bersambung dengan sebuah lagi pusat membeli belah terkemuka iaitu The Gardens.

Photo Credit : Etawau.com

Photo Credit : Etawau.com

Anda jangan terkejut kerana Mid Valley Megamall mempunyai 430 ruangan kedai dalam lima setengah aras, termasuk lima penyewa utama termasuk Carrefour, Jusco, Golden Screen Cinemas, Metrojaya dan Harvey Norman. Mid Valley juga menempatkan pawagam 18 dewan, pusat boling yang canggih, sebuah One-Stop IT Centre, dua medan selera dan cawangan MPH Bookstores yang besar.

Photo Credit : Panoramio.com

Photo Credit : Panoramio.com

Mid Valley juga mempunyai pusat konvensyen berkeluasan 48,300 kaki persegi (4,500 m²) yang didirikan berdekatan Hotel Cititel dan 30 unit pejabat khusus 11 tingkat. Sebuah hotel kedua, Boulevard, yang dibuka pada pertengahan 2005, mempunyai 390 rooms.

Photo Credit : Ihlaz.com

Photo Credit : Ihlaz.com

Mega Mall pula menjadi sebuah komponen penting Mid Valley City, salah satu projek pembangunan bandar terbesar di negara, dan juga menerima Best Shopping Complex Award 2000 oleh Tourism Malaysia dan Best Retail Development Award 2001 oleh FIABCI Malaysia. Dengan itu, Mid Valley Megamall menjadi salah sebuah tumpuan pelancongan utama di Malaysia!

Google Maps

Google Maps

Sekiranya anda memerlukan maklumat yang lebih lanjut berkenaan Mid Valley MegaMall, anda boleh melayari laman web mereka di www.midvalley.com.my

Jika anda sukakan maklumat ini, anda boleh mengundi artikel ini dengan menekan butang di bawah:

Terima Kasih kami ucapkan untuk undian anda, Terima Kasih! :)

15 Responses to "Shopping Mall – Mid Valley MegaMall"
  • miLsUm November 29, 2009 at 10:22 pm

    masa darjah 5, sy penah tersesat kt dlam ni.. :( huhu…

    • danzaimar November 29, 2009 at 10:37 pm

      huhuhu..sedih btul bro..boleh sesat dalam midvalley..huhuhu

    • miLsUm November 29, 2009 at 11:09 pm

      hahaha..malu la plak… tp mmg btul sesat wei, x jmpe jalan kuar, mse tu kan kecik ag..1st time g plak tu…hek3

    • Akuro San November 30, 2009 at 3:26 pm

      saya first time datang sini, datang dengan abang dan kakak ipar~ tadi tak der la kes tersesat~ hehe~
      sesat dekat Petaling Street jer cukup~ huhu~

      • danzaimar November 30, 2009 at 11:08 pm

        hhuhu…kalo sis sesat kt sini, mesti ader announcement..orang hilang anak kt shopping complex..huhuhuhu

        • miLsUm December 10, 2009 at 3:46 pm

          adeh…..camne la bleh terlepas ckap nih, kang dah jatuh reputasi..huhu

        • Akuro San December 14, 2009 at 9:57 pm

          huh, apa kes nak buat announcement? call guna handphone jer sudah~ huhu~

  • syazwan safwan November 30, 2009 at 8:49 am

    low yatt kat mane?

    • Akuro San November 30, 2009 at 3:22 pm

      lowyat kat area Bukit Bintang~ bukan dekat mid valley nih…

      • danzaimar November 30, 2009 at 11:08 pm

        betul tu..low yatt kt area lot 10 dan Sg. Wang..

  • Akuro San November 30, 2009 at 3:24 pm

    Pernah tengok wayang cerita ‘Kiamat Sudah Dekat’ kat Mid Valley nih~ memang best la cinema dia…

    • danzaimar November 30, 2009 at 11:09 pm

      betul tu…kt tingkat atas ader GSC…banyang panggung kt sini dalam 13 kot??luper lak..

      • miLsUm December 10, 2009 at 3:46 pm

        mesti cuba nih…

        • danzaimar December 14, 2009 at 1:52 pm

          cuba ape bro??huhuhuhu..len macam bunyiknye??

        • Akuro San December 14, 2009 at 10:01 pm

          memang kena cuba milsum. kalau nak lagi best, tengoklah filem yang ada ‘aksi’, macam movie ‘terminator’ atau ‘transformers’. sound effect, jangan cakaplah~ confirm best!

Leave a Reply:

* Name

* Email Address

Website Address

Popular Articles
Featured Video
Categories
Blogroll

Recent Comments
  • EH,CANTIKNYAA...BEG TUU....... more
  • assalamualaikum..adakah muzium ini membenarkan sebarang kaji... more
  • terima kasih kerana bertanya, buat masa ini kami belum ada m... more
  • boleh ke saya request nama semua cikgu di malaysia buat masa... more
  • maaf, sy x dpt lg email dr bro...harap sent balik...tq... more