Hai, Salam 1 Malaysia!
Selamat datang ke DiaryKL, kali ini kami akan bercerita tentang Pusat Sains Negara! Ia dibuka dengan rasminya pada 29 November, 1996 oleh bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad. PSN terletak di Bukit Kiara.

Bangunan berbumbung hijau ini, yang menempatkan Pusat Sains Negara juga mempunyai senibina yang unik. Ia menempatkan sembilan buah galeri dengan pelbagai pameran sains yang menarik.



Terdapat juga Taman Pendidikan Sains yang memberi peluang kepada pengunjung untuk melihat lebih dekat pelbagai aspek berkaitan sains. Binatang seperti burung unta, ayam serama, arnab, rusa dan banyak lagi juga boleh didapati di taman ini.

Terdapat juga suatu laluan akuarium selain sudut untuk pencipta. Diharapkan dengan pameran yang disediakan dapat memberi ruang dan menimbulkan minat terhadap bidang sains kepada semua peringkat umur.


Pusat Sains Negara adalah sebuah institusi pendidikan tidak formal yang berada di bawah pentadbiran Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi.

Tempat ini amat sesuai untuk diadakan lawatan sambil belajar dan sebagainya, jika anda berniat untuk datang ke sini anda boleh terus datang ke sini pada hari Sabtu – Khamis, 9 pagi – 5 petang. PSN ini ditutup pada hari Jumaat.
Ataupun anda boleh juga menghubungi mereka di talian +603 – 2092 1150.
Kami harap anda sukakan perkongsian kami kali ini, dan anda boleh mengundi artikel ini dengan menekan butang di bawah :

Terima Kasih kami ucapkan untuk undian anda, Terima Kasih
macam2 ada!!
betul tu bro..bagus untuk pembelajaran sains di luar kelas..
aku pernah ke sini time sekolah dulu..teringat zaman sekolah dulu..datang sini, cikgu bagi kuiz..jadi penat nak jelajah Pusat Sains Negara ni….huhuuhu…nak cari jawapan…
hurm~ kalau tak silap saya, saya pun pernah melawat tempat nih waktu sekolah dulu~ tapi ingat-ingat lupa dah…
huhuu..kalo dah bro ingat-ingat lupa, kena pergi lagi la jawapnya..huhuhu
hehe~ tengoklah kalau ada masa, boleh juga pergi lagi.
nanti kita aturkan rombongan..huhuhu
Ade sape2 nk bwk sy pegi PSN tak?? Huhu.. Tgk gmbr2 kt cni, terasa nak berada kt sana. Nk jelajah seluruh pelosok PSN.
D
huhuhu…senang citer, pergilah sendiri..takpun ajak blog owner buat rombongan ke PSN..kan??
hah, kalau dah buat rombongan nih, boleh la saya join sekali. hehe~
huhuhu..boleh..daftar je..huhuhu