Hai, Salam 1 Malaysia!
Terima Kasih kami ucapkan kerana sudi meluangkan masa anda untuk melawat blog ini. Anda pernah melawat mana-mana penjara? Mungkin pernah dan mungkin juga tak pernah. Tahukah anda di Kuala Lumpur terdapat sebuah penjara yang telah berusia 118 tahun. Ia telah mula dibina pada tahun 1891 dan siap sepenuhnya pada tahun 1895. Jika anda belum tahu, itulah Penjara Pudu Kuala Lumpur!

Photo Credit : Wikipedia.org
Penjara Pudu atau dahulunya dikenali sebagai Pudu Goal terletak di Jalan Hang Tuah dan dibina di atas tanah seluas 10 hektar. Ia mula dibina untuk menempatkan 600 banduan yang ada pada masa itu. Kemudian blok-blok baru mula ditambah sehingga enam buah dan mengandungi 130 buah sel dengan kapasiti untuk sebanyak 2,000 banduan. Walaupun begitu, pada 1985, lebih daripada 6,500 banduan dipenjarakan dan menyebabkan banduan terpaksa tidur bergilir-gilir. Keadaan kekurangan ruang yang amat pesat itu telah memaksakan Penjara Pudu berpindah.

Photo Credit : Wikipedia.org
Pada tahun 1894 sewaktu lawatan Residen British, beliau telah mencadangkan agar dibuat pertambahan sebanyak 54 bilik lagi untuk disambung di Blok C dan D. Kerja-kerja penyambungan ini telah siap dibuat pada tahun 1895. Blok D telah menempatkan bilik akhir dan bilik gantung. Dari tahun 1960 hingga 1993, seramai 180 pesalah telah menjalani hukuman gantung sampai mati disini.

Google Earth
Penjara Pudu sememangnya sebuah tempat yang menarik untuk dilawati. Ia telah dibuka untuk kunjungan dan lawatan orang ramai pada tahun 1997. Banyak pengubahsuaian yang telah dilakukan untuk tujuan pelancongan. Tiket masuk bagi orang dewasa ialah RM12, jika anda ada masa terluang nanti, boleh la datang berkunjung ke sini nanti yer
Sekiranya anda memerlukan maklumat yang lebih lanjut berkenaan Penjara Pudu Kuala Lumpur, anda boleh melayari laman web rasmi mereka di www.prison.gov.my.
Jika anda sukakan maklumat ini, anda boleh mengundi artikel ini dengan menekan butang di bawah:

Terima Kasih kami ucapkan untuk undian anda, Terima Kasih!
Banyak terdengar ‘cerita-cerita’ tentang penjara ni..hehe
tula bro..aku dulu dengar macam-macam cerita menakutkan kt sini..
ermm~ ada yang kata Penjara Pudu ni berhantu yerk? huhu~ tak tahulah betul ker tidak…
nak tau ader hantu ke tak..tryla duk situ semalam..huhuhu
huh, tak rajinnya nak tidur kat situ… tidur kat rumah lagi best!
haaa…citer la skit, kami pun nak tau jgk…hehe
citer aper bro??huhhu…seram sgt..kang mimpi ngeri!!hahaa
salah satu yang pernah dengar, ada orang yang dah mati kena gantung, nampak berjalan berkeliaran pada waktu tengah malam dikawasan penjara tu. Dengan leher yang ada kesan kena jerut~ huhu~
itu antara yang saya pernah dengarlah~ yang lain-lain, tak pastilah pulak…
mak aih??yeke??yg ni tak penah dengar..cuma citer yg saya tau…sering dengar orang menangis je..
penjara Pudu..antara yang tertua di Malaysia..dh 118 tahun dah..walaupun aku duk KL, tapi tak pernah ke sana..bukan apa, tak berkesempatan je nk ke sana..huhuhu
ape punya org KL daaa….jom r g same…hehe, sy pn x penah smpai..
hahaha..g penjara??takmola..karang malam-malam ngigau!!hahaha
saya pernah melawat penjara pudu nih. Waktu mula-mula penjara nih dibuka untuk pelancongan. Suram jer suasana didalam penjara nih… huhu~
nama pun penjara..memangla suram sis…takkan nak gembira??huhuhu
aiy…gembira la….kan sis kan???huhuu
gembira masuk jail ke??cm ader pengalaman jer??huhuhu
aiyak….hehehe
hish~ apa lah korang merepek nih~ huhu~
tapi masa saya datang tuh, gembira jer… hehe~
gambar dari dalam penjara xde ke? kalau ada tentu lebih seronok nak baca
hai…………
aahlah……….npe gambar dlam penjara takde…………