Hai, Salam 1 Malaysia, Terima kasih kami ucapkan kerana anda sudi meluangkan masa anda ke Blog DiaryKL ini.
Pada kali ini kita akan bercerita tentang sebuah bengunan yang memberi impak yang amat besar kepada Kuala Lumpur. Walaupun bangunan di sekelilingnya bertukar milik, dirobohkan atau dibina semula, ia tetap teguh menjadi saksi pembangunan yang mengubah wajah ibu kota. Apakah ia? Ia tak lain tak bukan ialah Pasar Seni !

Pasar Budaya atau Pasar Seni ialah sebuah tempat menarik di sekitar bandar raya Kuala Lumpur, Malaysia. Lokasinya terletak berhampiran Sungai Klang, iaitu berdekatan dengan bangunan Dayabumi.
Dahulunya dikenali sebagai Pasar Besar Kuala Lumpur yang menjual barang-barang basah seperti ikan, daging, ayam, sayur-sayuran dan barangan runcit, barang-barang yang dijual itu adalah barangan keperluan harian kepada para penduduk dan pelombong bijih timah di Kuala Lumpur pada suatu ketika dahulu.

Kini pasar tersebut sekali lagi berubah wajah apabila pada tahun 1985, ia telah diubahsuai dan dinaiktaraf. Berhampiran pasar ini ialah sebuah stesen LRT, iaitu stesen “Pasar Seni”.

Pada hari ini, Pasar Seni dengan binaan hiasan seni merupakan pusat budaya untuk pameran dan pembangunan kebudayaan, kesenian, dan bidang “kraftangan” di Malaysia. Pasar Seni merupakan kumpulan kedai-kedai yang menumpukan kepada hasil kerja tangan Malaysia yang menjual pakaian dan barangan traditional seperti yang diperbuat dengan batik tradisi Malaysia.
Kebanyakan fabrik yang cantik dan citrawarna ini adalah batik tulis atau batik terap yang merupakan hasil kerja yang unik dan tidak serupa antara satu dengan yang lain. Selain batik, pelbagai kedai yang menjual pelbagai barangan antik, artifak Asia, cenderamata, dan kerja tangan. Artis-artis potret dan pertukangan kecil-kecilan menghasilkan karya mereka di sudut-sudut sambil diperhatikan dengan penuh minat oleh orang ramai.

Di bahagian luar, amfiteater berhampiran tebing sungai merupakan tempat untuk pertunjukan tradisional, tarian masa kini, dan konsert muzik. Terdapat pelbagai persembahan, pertunjukan dipamerkan seperti seperti lukisan batik, tilik nasib, wayang kulit, meniup kaca, kelas tarian, dan pelbagai aktiviti menarik yang lain.
Pasar Seni juga merupakan cawangan Royal Selangor Pewter yang merupakan pengeluar pewter tertua dan terbesar di dunia, ditubuhkan pada tahun 1885, dan kilangnya terletak berhampiran pinggir bandar Kuala Lumpur. Kilang Selangor Pewter merupakan salah satu tumpuan pelancung dan menawarkan pelbagai barangan cenderamata. Sejarah Selangor Pewter bermula dengan sejarah Kuala Lumpur sebagai pengeluar timah antarabangsa, dan persinggahan ke Selangor Pewter merupakan lawatan simbolik ke perdagangan Kuala Lumpur masa silam.

Tips Untuk Anda :
Pasar Seni terletak di pinggir Chinatown. Oleh itu, jika anda melawat Chinatown, anda disyorkan mengakhiri lawatan anda di Pasar Seni di mana anda boleh menikmati minuman yang menyegarkan dalam suasana berhawa dingin yang nyaman.
Pengangkutan :
Berjalan @ Teksi - Selain dari persembahan tarian dan muzik tradisional mereka, penduduk Mah Meri juga terkenal dengan hasil seni ukiran tradisional mereka yang membangkitkan perasaan yang diperbuat dari sejenis kayu paya keras yang dinamakan “Nyireh Batu”.
Putra LRT – Stesen Pasar Seni di laluan PUTRA LRT terletak bertentangan dengan Pasar Seni.
Talian Untuk Dihubungi :
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Pusat Penerangan Pelancongan di talian : +603-2615 8188 Talian Infoline Pelancongan : 1-300-88-5776
Kami di DiaryKL amat menyarankan anda untuk singgah ke Pasar Seni sekiranya ada masa yang terluang. Anda tentunya akan mengalami pengalaman yang sangat menarik!
Jika anda sukakan artikel ini, berbesarlah hati kami jika anda sudi untuk mengundi artikel ini dengan menekan butang di bawah :

Ribuan Terima Kasih kami ucapkan untuk undi anda, terima kasih
Pasar Seni atau CM..memang menarik..teringat waktu zaman sekolah..kadang-kadang kena tempah t-shirt persatuan kt sini..huhuhu..kt sini macam-macam benda boleh cari…beli key chain, barang-barang tradisional..huhuhu
aku plak suka tengok org melukis kt sini..power2 ah dorang… berjam pun x terasa bila tengok dorg nih..hehe, kalu ade masa mesti singgah!
betul bro..sebelum terlupa…kalo kt kaki lima CM ni ader seniman jalanan yang nyanyi tepi jalan..huhuhu..nyanyi sambil kutip derma..happening!!
yup..ade sorang yg pakai topi koboi tu.hehe, penah jumpa skali je..tp mmg dorg berbakat..shahdu je..hehe
ada sorang mat busking Pasar Seni ni yang aktif berblog juga… mungkin korang boleh cuba cari kot~ hehe~
saya dah pernah jumpa mat busking tu masa dtg sana dulu…
betul la~ masa pernah jejakkan kaki kat sini dulu, memang terpesona saya lihat mereka ni melukis. teringin juga nak minta mereka lukiskan potret saya, tapi bayaran dia, boleh tahan juga… sayang, tak bawa duit lebih waktu tu~
Pasar Seni atau CM, bukan saja tempat dengan yang terkenal dengan hasil-hasil seni, malah ianya juga adalah tempat tumpuan fotografer untuk merealisasikan inspirasi mereka dalam menghasilkan gambar-gambar yang menarik berlatar belakangkan kawasan yang nampak klasik. Kalau nak ambil gambar dengan latar belakang bangunan yang nampak macam dahulu kala, disinilah tempatnya!
pasar seni merupakan kenangan indah. tiada di lupakan. semoga berjaya ke alaf baru