Hai ! Salam 1 Malaysia, semoga anda semua sihat sentiasa

P. Ramlee ada pustaka? Hehe, sebenarnya pustaka ini dibina setelah pemergian Allahyarham P. Ramlee. Asalnya ia rumah kediaman beliau yang berada di bawah penjagaan Arkib Negara dan diiktiraf sebagai suatu warisan negara yang tidak ternilai. Ia telah ditukar menjadi sebuah pustaka peringatan bagi memperingati jasa-jasa pelakon itu dan arwah isterinya, seniwati Saloma. Dan ia diberi nama Pustaka Peringatan P. Ramlee.



Terdapat pelbagai koleksi peribadi P. Ramlee, dan kita dapat lihat gambar-gambar, anugerah dan banyak lagi yang membuka ruang kepada semua lapisan masyarakat mengenali lebih dekat lelaki yang sederhana dan senang bergaul dengan orang ramai ini.



Ia dibuka pada hari Selasa hingga Ahad (10 pagi – 5.00 petang); Jumaat (10 pagi – 12.00 tengahari dan 3.00 petang – 5.00 petang). Ditutup pada hari Isnin (kecuali pada cuti sekolah dan cuti umum). Masuk adalah percuma.
Untuk maklumat lanjut, anda boleh menghubungi talian +603 4023 1131.
Jika anda sukakan artikel dan gambar-gambar ini, berbesarlah hati kami jika sudi untuk mengundi artikel ini dengan menekan butang di bawah :

Terima kasih kami ucapka untuk undi anda itu, terima kasih
Seniman Agong Tan Sri P. Ramlee memang tiada tandingannya. Lihatlah cerita-cerita lakonan dan arahan beliau masih lagi popular hingga ke hari ini walau beliau sudah lama pergi meninggalkan kita semua. Malah sampai sekarang juga masih belum ada sesiapa pengarah filem yang boleh menandingi filem-filem arahan Tan Sri P. Ramlee ini. Teringin rasanya saya nak pergi ke Pustaka Allahyarham Tan Sri P. Ramlee ini untuk mengenai lebih dekat hasil karya-karya beliau waktu beliau masih hidup…
betul cm akuro cakap..Allahyarham P.Ramlee sehingga kini tiada berganti…moga roh beliua dicucuri rahmat..