WordPress Now
WordPress Now

Hai, salam 1 Malaysia! :)

Anda tahu apa itu numismatik? Ia adalah bidang yang berkaitan dengan wang, termasuklah duit syiling, wang kertas dan segala macam yang berkaitan dengannya. Bagaimana pula dengan muzium numismatik? Tentulah sebuah muzium yang mengumpul segala barangan dari bidang ini! Siapa yang tak minat dengan dengan wang bukan? Oleh itu, tempat ini amat sesuai untuk semua orang!

CB066421

Muzium ini mempunyai koleksi wang sejak awal pembentukan Malaya hingga ke hari ini, termasuk mata wang negara Asean.

14861_1290879911404_1212425034_878497_4949659_n copy

Antara koleksi yang terdapat termasuk duit syiling dan kertas sejak zaman Kesultanan Melaka serta wang syiling yang digunakan pada zaman penjajahan Portugis, British dan Jepun di Malaya.

Malaysia 1980 200R copy

Koleksi lain di muzium ini termasuk meriam kecil, matawang dari negeri-negeri Melayu dan mata wang asing.

Maybank_Tower_Kuala_Lumpur copy

Muzium ini terletak di pusat bandar Kuala Lumpur berdekatan Menara Maybank (di Puduraya). Waktu pembukaan ialah: 10 pagi – 6 petang (Isnin – Jumaat). Muzium ini ditutup hari Sabtu dan Ahad.

Anda boleh menghubungi mereka untuk maklumat lanjut : Muzium Numismatik Maybank tertelak di: 100 Jalan Tun Perak, 1st Floor, Menara Maybank, 50050 Kuala Lumpur. Tel: +603-230 8833

Jika anda suka artikel ini, anda boleh mengundi artikel ini dengan menekan butang di bawah:

Terima Kasih untuk undian anda, Terima Kasih :)

8 Responses to "Muzium Numismatik Maybank!"
  • miLsUm November 18, 2009 at 5:04 am

    Sape tak suka duit kan? nak tengo duit lama dan baru jom kita serbu muzium nih..hehe

    • Akuro San November 24, 2009 at 10:07 am

      boleh tengo duit ekk kat situ… best gak tu… boleh simpan buat azimat… huhu~

  • tansrimat November 18, 2009 at 10:10 am

    Apa ke hal letak duit tu banyak-banyak atas lantai? meh sini saya tolong simpankan baik-baik.

    • miLsUm November 18, 2009 at 5:28 pm

      erm…simpan atas lantai jek….hehe..

    • Akuro San November 24, 2009 at 10:06 am

      berat tau, duit yang dah tersusun banyak-banyak atas lantai tu.. kalau larat, angkat la~
      hehe~

  • Fathiha Zainal November 21, 2009 at 10:10 pm

    Erk… Duit betol ke tu yg kt ats lantai????

    • Akuro San November 24, 2009 at 10:08 am

      duit betul lah tu~ orang yang kerja dengan bank dah tak hairan lihat duit yang tersusun atas lantai macam tu…

  • Akuro San November 24, 2009 at 10:10 am

    oh, Muzium nih dekat Menara Maybank yerk… kalau masuk percuma nih, nak juga pergi melawat muzium nih~

Leave a Reply:

* Name

* Email Address

Website Address

Popular Articles
Featured Video
Categories
Blogroll

Recent Comments
  • EH,CANTIKNYAA...BEG TUU....... more
  • assalamualaikum..adakah muzium ini membenarkan sebarang kaji... more
  • terima kasih kerana bertanya, buat masa ini kami belum ada m... more
  • boleh ke saya request nama semua cikgu di malaysia buat masa... more
  • maaf, sy x dpt lg email dr bro...harap sent balik...tq... more