WordPress Now
WordPress Now

Hai, bertemu lagi ya..hehe, semoga anda sihat lah yer :)

Kami amat pasti anda semua telah sedia tahu tentang Menara Kuala Lumpur. Tapi sejauh mana anda tahu? haaa.. Jom kita sama-sama kupas.

comp7xl

Menara KL yang mempunyai ketinggian 421 meter merupakan menara komunikasi yang keempat tertinggi di dunia dan salah satu dari tanda asas ibukota Kuala Lumpur yang terkenal.

kl-tower

Anda boleh menaiki lif berkelajuan tinggi di menara ini dan singgah di pelantar pemerhatian di menara ini yang terletak di ketinggian 335 meter untuk melihat pemandangan indah ibukota Kuala Lumpur. Dari sini, landskap ibukota yang dipenuhi dengan bangunan-bangunan pencakar langit dan kawasan-kawasan hijau boleh dilihat secara keseluruhan.

Hutan Lipur Bukit Nanas yang terletak di kaki Menara KL merupakan salah sebuah ‘kawasan hijau’ ibukota KL. Kawasan hutan hujan tua yang kecil ini menawarkan laluan-laluan siar bagi pejalan kaki dan tumbuhan serta haiwan yang hanya terdapat di Malaysia.

9-1216917480-menara-kl-tower-2

Di sini, anda pasti terpegun dengan kehadiran rama-rama beraneka warna, serangga, tupai, burung eksotik dan juga monyet di dalam habitat semulajadi mereka – semuanya di tengah-tengah bandar berhampiran kesibukan jalanraya!

Untitled-1

Antara tarikan terbaru di Menara KL dan Bukit Nanas ialah aktiviti sukan lasak terjun ‘bungee’ yang dinamakan ‘The G-Force’. Pengalaman anda akan dirakamkan dan diberikan kepada anda sebagai kenang-kenangan – Bukan untuk mereka yang lemah semangat!

kl map

Menara KL terletak agak jauh di atas bukit. Jika anda tidak gemar berjalan kaki dalam cuaca panas, anda disarankan menaiki teksi untuk ke sini. Persembahan muzik tradisional dan kontemporari sering diadakan di sini dan pastikan anda berhubung dengan pusat maklumat Menara untuk mengetahui jadual acara terkini sebelum anda pergi ke sana.

Cara paling mudah untuk ke Hutan Lipur Bukit Nanas ialah dengan menaiki perkhidmatan pengangkutan KL Monorail atau PUTRA LRT. Stesen terdekat bagi laluan PUTRA LRT ialah stesen Dang Wangi. Anda juga boleh menggunakan perkhidmatan KL Monorail dan turun di stesen Bukit Nanas. Dari situ, anda hanya perlu menaiki teksi atau berjalan kaki hingga sampai ke Jalan Sultan Ismail dan belok ke kanan di Jalan P. Ramlee, dan kemudian belok ke kanan sekali lagi untuk menaiki bukit. Pintu masuk Menara KL terletak di sebelah kiri anda.

Jika anda suka artikel dan gambar-gambar ini, anda boleh mengundi artikel ini dengan menekan butang di bawah:

Terima Kasih kami ucapkan untuk undian anda, Terima Kasih :)

13 Responses to "Menara Kuala Lumpur!"
  • miLsUm November 18, 2009 at 4:14 am

    Makanan best2 banyak kat atas tuh….hehe

    • Akuro San November 24, 2009 at 10:18 am

      tapi tak sebelah bawah dia, tentu ada juga jual makanan kot~ :p

  • Fathiha Zainal November 21, 2009 at 10:00 pm

    Makanan best??? Harga pun ‘best’ lak ek?? =p

    • danzaimar November 22, 2009 at 6:28 am

      restoran berputar??memang harga best!!!huhuhuhu

      • Fathiha Zainal November 22, 2009 at 8:24 pm

        Hoho!! Lagi best kalo ade org blnje mkn kt ctu.. Paw habis2 la.. Kui3!

        • danzaimar November 22, 2009 at 10:45 pm

          betul tu..boleh mintak tuan blog belanja ni…huhuhu

          • Fathiha Zainal November 22, 2009 at 10:52 pm

            Hmm… Kan?? Tuan blog.. Can aaa.. Blnje la kami.. Eh! Tak.. Blnje la sy.. =p

            • danzaimar November 22, 2009 at 11:16 pm

              sorang jer??maner boleh makan sorang!!!ha….

              • Akuro San November 24, 2009 at 10:16 am

                tah, mana boleh belanja sorang jer, kena belaja saya juga~ hehe~

      • Akuro San November 24, 2009 at 10:17 am

        ye ker? dari dulu sampai sekarang, harga makanan dia tak turun-turun yerk… hehe~

  • danzaimar November 22, 2009 at 6:28 am

    aku pernah naik sekali je Menara KL ni..time celebrate besday kawan aku kt restoran berputar ni…best gak..huhuhu

    • Akuro San November 24, 2009 at 10:20 am

      wah, kamu dah pernah makan kat restoran putar tu yerk… tentu pemandangan dia best kan makan kat restoran tu~

  • Akuro San November 24, 2009 at 10:23 am

    saya pernah datang sini masa saya kecil dulu. Waktu tu Menara KL nih baru jer siap dan KLCC masih belum wujud lagi… teringin saya nak jejakkan kaki di Menara KL nih lagi… Dengar cerita tempat dia dah banyak aktiviti kebudayaan berbanding waktu saya pergi dulu… belum ada apa-apa sangat…

Leave a Reply:

* Name

* Email Address

Website Address

Popular Articles
Featured Video
Categories
Blogroll

Recent Comments
  • EH,CANTIKNYAA...BEG TUU....... more
  • assalamualaikum..adakah muzium ini membenarkan sebarang kaji... more
  • terima kasih kerana bertanya, buat masa ini kami belum ada m... more
  • boleh ke saya request nama semua cikgu di malaysia buat masa... more
  • maaf, sy x dpt lg email dr bro...harap sent balik...tq... more