WordPress Now
WordPress Now

Hai, selamat malam, hehe :)

Kawasan pantai timur sekarang ni sedang hujan, malam yang dingin dan tilam pun asyik memanggil je. Baiklah saudara/i, kali ini kita akan sama-sama ke Menara Berkembar Petronas, KLCC! Siapa yang tak kenal bangunan ni kan, boleh dikatakan hari-hari keluar kat tv, Tapi setakat tengok gambar je tak cukup, kita kena tahu jugak serba sedikit maklumat tentang Menara Berkembar Petronas nih! :)

Menara Berkembar Petronas di Kuala Lumpur, Malaysia, merupakan struktur yang tertinggi di dunia apabila diukur dari aras pintu utama sehingga ke puncak struktur antara 1998 dan 2004. Ia telah dipintas oleh menara Taipei 101 pada 17 Oktober 2003. Menara Berkembar Petronas masih merupakan menara berkembar tertinggi di dunia, dan merupakan bangunan tertinggi bagi abad ke-20. Pengkritik mendakwa bahawa ia cuma tertinggi pada salah satu dari empat kategori yang ada, walaupun sebenarnya tiga kategori yang lain itu cuma diperkenalkan apabila menara berkembar ini hampir siap pada akhir 1996.

756px-Skyscrapercompare1 copy

Menara Berkembar Petronas dibina diatas tapak seluas 40 hektar di kawasan Segi tiga emas Kuala Lumpur. Ia direka oleh arkitek Cesar Pelli dan disiapkan pada Mac 1996. Menara kaca dan keluli tahan karat setinggi 88-tingkat, merupakan imbasan warisan Muslim Malaysia. Struktur asas merupakan rekabentuk yang dimajukan dari bangunan Chicago yang dibatalkan.

401px-Torres_Petronas_Mayo_2004 copy

Untuk membuat tapak Menara Berkembar Petronas, bumi digali sedalam 117 meter, iaitu setinggi bangunan lima tingkat. Sejumlah 7,000 meter padu simen konkrit telah dituangkan selama dua minggu secara berterusan. Beratnya keseluruhan bangunan 100,000 tan. Menara ini mempunyai ciri-ciri keselamatan yang unik dan pertama kali digunakan di Malaysia. Sewaktu berlaku gempa bumi atau puting beliung, menara ini akan condong. Kecondongannya mengikut tiupan angin kencang hingga 1.5 meter. Apabila bencana reda, menara akan tegak seperti biasa. Terdapat 12 biji lampu disekeliling menara ini yang berkelip-kelip 24 jam sehari. Setiap satunya berharga RM15,000. Jumlah kos pembinaan Menara Berkembar Petronas RM270 juta.

Kemudahan Yang Ada :

Taman – Di luar bangunan terdapat sebuah taman yang di reka bentuk oleh Pasukan Pembangunan Taman, Projek Pusat Bandar Kuala Lumpur (KLCC). Di taman ini terdapat kolam air pancut, taman permainan kanak-kanak, pondok rehat galeri seni ukir dan mural.

Surau – Terdapat juga sebuah surau yang dibina untuk kegunaan orang ramai. Surau ini didirikan berasaskan seni bina Islam dan mampu menampung sehingga 6,000 jemaah. Terdapat juga Masjid Asy-Syakirin KLCC yang terletak bersebelahan dengan bangunan KLCC.

Skybridge copy

Jambatan Angkasa – Menara Berkembar Petronas mempunyai laluan angkasa antara kedua menara pada tingkat 41 dan 42. Ia setinggi 170 meter dan sepanjang 58 meter. Tingkat yang sama dikenali sebagai podium kerana pelawat yang ingin pergi lebih tinggi perlu singgah untuk bertukar lif. Jambatan angkasa terbuka kepada semua tetapi perlu mengambil pas pelawat.

800px-SkyBridge copy

Pusat Konvensyen Kuala Lumpur – adalah pusat pameran dan konvensyen utama di Kuala Lumpur, Malaysia.Pusat pameran dan konvensyen yang dibina khas ini merupakan sebahagian dari kawasan Pusat Bandar Kuala Lumpur, dan juga dikenali sebagai KLCC.

Untuk mendapatkan maklumat yang lebih lanjut, anda boleh melayari www.suriaklcc.com.my

Kami harap anda gembira dengan perkongsian kami pada kali ini, anda boleh mengundi artikel ini dengan menekan butang di bawah:

Terima kasih kami ucapkan, Undi anda amat bermakna buat kami, Terima Kasih :)

3 Responses to "Menara Berkembar Petronas, KLCC"
  • miLsUm November 18, 2009 at 8:10 pm

    Belum pernah naik ke tingkat2 yg lebih atas dari Suria…cmne bleh org biasa2 ni nak naik ekk..

  • danzaimar November 23, 2009 at 1:48 pm

    bangga betul KLCC jadi antara tertinggi di dunia..Malaysia Boleh!!

  • Akuro San November 23, 2009 at 8:37 pm

    saya biasanya akan jejakkan kaki di kawasan KLCC ni kalau ada PC Fair…
    Kagum dengan pembinaan keselamatan KLCC yang unik, siap boleh condong kalau kena gemba bumi dan puting beliung… dasyat la~

Leave a Reply:

* Name

* Email Address

Website Address

Popular Articles
Featured Video
Categories
Blogroll

Recent Comments
  • EH,CANTIKNYAA...BEG TUU....... more
  • assalamualaikum..adakah muzium ini membenarkan sebarang kaji... more
  • terima kasih kerana bertanya, buat masa ini kami belum ada m... more
  • boleh ke saya request nama semua cikgu di malaysia buat masa... more
  • maaf, sy x dpt lg email dr bro...harap sent balik...tq... more