WordPress Now
WordPress Now

Hai pembaca DiaryKL,apa khabar anda hari ini? kami harap anda semua sihat.. :)

Dari restoren Seafood, kita ke pasar malam. Dari pasar malam kita Stesen Keretapi, dan dari Stesen Keretapi kali ini kita akan ke Masjid Negara Kuala Lumpur pula! Kenapa kami ingin bercerita tentang masjid ini berbanding tempat-tempat yang lain? Tentulah kerana ia mempunyai banyak keistimewaan dan kelebihan berbanding tempat-tempat lain. :) Sebelum kita bercerita tentang Masjid Negara ini, eloklah kita meninjau dulu bagaimana suasana di sekitar kawasan masjid ini, jom!

Inside_masjid_negara

Ini adalah suasana di dalam Masjid Negara ketika orang ramai menunaikan solat Jumaat secra berjemaah. Ia boleh menampung seramai 15,00 orang jemaah pada satu-satu masa.

1946856

Ini pula pemandangan Masjid Negara dari udara. Ia terletak bersebelahan Stesen Keretapi Malaysia , Bangunan Daya Bumi , Pos Besar Malaysia , Muzium Kesenian Islam , Taman Burung Kuala Lumpur dan berdekatan Taman Tasik Perdana . Kawasan Masjid Negara seluas 13 ekar dan bangunan utamanya memenuhi lebih kurang 3 ekar. Seluruh kawasan masjid di kelilingi sebahagiannya oleh tembok konkrit dan sebahagiannya lagi oleh pagar berhias. Semuanya terdapat tujuh buah pintu masuk.Kemudahan untuk pelancong bukan islam juga disediakan seperti tandas awam Dewan Bandaraya Kuala Lumpur yang terletak berdekatan pintu masuk khusus untuk pelancong luar dan dalam negara.

IMG_2576

Gambar ini pula menunjukkan kawasan perkarangan masjid. Reka bentuk dan penyeliaan bangunan ini telah dilakukan oleh para arkitek Bahagian Reka Bentuk dan Penyelidikan, Jabatan Kerja Raya Persekutuan. Mereka mengambil masa selama tiga tahun untuk menyiapkannya. Sebelum memulakan kerja merekabentuk Masjid Negara ini, arkitek utamanya, Baharuddin Abu Kassim mengkaji masjid-masjid di India, Pakistan, Iran, Turki, Arab Saudi, Republik Arab Bersatu dan Sepanyol.

Masjid_Negara

Ini pula gambar masjid yang diambil dari bangunan berdekatan. Sekali pandang, menaranya berukuran 245 kaki tinggi kelihatan seperti sebuah roket. Bentuknya seperti sekaki payung yang kuncup manakala bumbungnya kelihatan seperti sekaki payung yang kembang. Bangunan berharga RM10 juta ini meliputi kawasan seluas lima ekar. Ia mengandungi sebuah dewan sembahyang seluas 22,500 kaki persegi, dewan persidangan, permakaman, perpustakaan, pejabat, halaman, menara, bilik diraja dan sebuah bilik imam. Permakaman untuk tujuh pahlawan negara terletak di bahagian barat. Turut disediakan ialah bilik radio dan televisyen berhawa dingin yang terletak di galeri dewan sembahyang.

National_Mosque

Terdapat tiga buah pintu besar dan sebuah pintu khas bagi kegunaan diraja. Di tingkat bawah ruang depan terdapat beberapa buah bilik untuk berwuduk, bilik mandi, tempat menyimpan kasut dan bilik berehat bagi mereka yang datang dari luar Kuala Lumpur. Sebelum sampai ke dewan sembahyang di tingkat pertama terdapat sebuah halaman besar. Di bahagian tengah halaman ini terdapat 48 kaki payung konkrit manakala di rusuknya pula terdapat kolam-kolam beserta beberapa buah pancuran.

Wah wah wah…..nampak je simple masjid ni, tapi kat dalam? anda kena pergi sendiri! Anda pernah pergi? kalau anda dah pernah sampai ke sini, jom kongsikan pengalaman anda dengan kami :)

Jika anda suka info tentang Masjid Negara ini, berbesarlah hati kami jika anda sudi untuk mengundi dengan menekan butang di bawah:

Terima Kasih kami ucapkan untuk undi anda itu.. :)

5 Responses to "Masjid Negara, Kuala Lumpur! Terpukau…"
  • miLsUm November 10, 2009 at 1:48 pm

    saya pernah ke masjid ini beberapa kali….masjid ni sejuk, wlaupun kita duduk kt luar…mgkin kerana lantainya yg diperbuat dri marmar….hmm….aman sungguh!

    • danzaimar November 10, 2009 at 8:54 pm

      saya pun pernah gak ke MAsjid Negara..waktu solat terawikh, malam lagi sejuk..

  • Fathiha Zainal November 10, 2009 at 5:32 pm

    Waaaaa…Terpesona seketika membayangkan keindahan senibina masjid ni.
    Ummm.. Bahagian solat wanita xda story ka?
    Kalo ada, cite la skit.. TQ. =)

    • danzaimar November 10, 2009 at 8:55 pm

      betul gak tu..nanti mungkin tuan blog akan cerita untuk entri seterusnya..kan??

  • danzaimar November 10, 2009 at 8:57 pm

    Masjid Negara ni memang cantik dan indah..walaupun sudah agak lama, namun ia tetap diiktiraf sebagai MAsjid Negara di Malaysia…btw, bro takder nak buat entri tentang masjid beis di Putrajaya??cantik juga masjid di sana..

Leave a Reply:

* Name

* Email Address

Website Address

Popular Articles
Featured Video
Categories
Blogroll

Recent Comments
  • EH,CANTIKNYAA...BEG TUU....... more
  • assalamualaikum..adakah muzium ini membenarkan sebarang kaji... more
  • terima kasih kerana bertanya, buat masa ini kami belum ada m... more
  • boleh ke saya request nama semua cikgu di malaysia buat masa... more
  • maaf, sy x dpt lg email dr bro...harap sent balik...tq... more