WordPress Now
WordPress Now

Hai, selamat hari Selasa! Semoga anda sentiasa sihat dan ceria selalu.. :)

Anda minat kraftangan? songket, tenun, batik, ukiran kayu dan sebagainya? Bagus, kerana hari ini kami akan tunjukkan anda tempat yang memang dikhaskan untuk aktiviti yang sebegitu. Ia terletak di Kuala Lumpur dan diberi nama Kompleks Kraf Kuala Lumpur!

Kompleks_Kraf_Kuala_Lumpur_Jan_2007_002

Kompleks Budaya Kraf mempamerkan sejarah perkembangan kraf tangan di Malaysia. Pelbagai aktiviti kraftangan dilakukan di sini, rebutlah peluang untuk melihatnya secara live!

Untitled kraf map

Terletak di Jalan Conlay, kompleks ini menempatkan galeri pameran, muzium kraf, pentas, kedai cenderamata dan restoran.

Kompleks_Kraf_Kuala_Lumpur_

Antara aktiviti yang dapat dilihat di sini ialah menganyam songket, membuat batik, mengukir, membuat pasu dan bot. Kompleks ini turut menjual kraf tangan sebagai cenderahati.

Kompleks_Kraf_Kuala_Lumpur_Jan_2007_004

Muzium Kraf ini menunjukkan pelbagai pilihan kraf tangan dan artifak, demonstrasi kraf dan interaksi bersama pembuat kraf yang disediakan di Perkampungan Kraf.

Untitled-1

Bagi pelancong dan pelawat, Kompleks Kraf turut menganjurkan beberapa aktiviti dan persembahan kebudayaan mingguan di Laman Wau. Anda boleh datang ke sini pada bila-bila masa yang anda suka, kerana ianya dibuka pada setiap hari bermula jam 8.45 pagi hingga 6 petang.

Untitled-11

Jika anda berhasrat untuk membuat rombongan bagi mengadakan lawatan ke sini, anda boleh menghubungi Talian Pusat Pelancongan di, Section 63, Jalan Conlay, 50450 Kuala Lumpur. Tel: +60 3 2163 3664 (Pusat Pelancongan) ataupun boleh sahaja dengan melayari Laman Web: www. kraftangan.gov.my. Jangan lepaskan peluang keemasan ini!

Jika anda suka maklumat dan artikel ini, berbesarlah hati kami kalau anda sudi untuk mengundi artikel ini dengan menekan butang di bawah :

Terima kasih kami ucapkan untuk undian anda itu, Terima Kasih :)

6 Responses to "Kompleks Kraf Kuala Lumpur !"
  • miLsUm November 17, 2009 at 1:47 pm

    Saya sendiri telah 2 kali sampai ke sini…syok dpt tengok sendiri orang buat tembikar cara tradisional dan moden!

    • danzaimar December 1, 2009 at 10:48 pm

      wah..bestnye…dapat gak tengok dan pengalaman cmni..ader try buat sekali x??

  • Akuro San November 23, 2009 at 8:52 pm

    Oh, saya tidak pernah menjejakkan kaki ditempat ini.
    hurmm~ best juga kalau dapat datang ke sini…

    • miLsUm December 1, 2009 at 9:38 pm

      memang best la…nantikan artikel tentang pengalaman sy melawat ke sini..hehe

      • danzaimar December 1, 2009 at 10:34 pm

        wah..sekarang dh ader artikel pengalaman sendiri ye bro??bagus2…

        • miLsUm December 2, 2009 at 8:27 pm

          hehehe…biase la…mesti ade peningkatan punya… :D

Leave a Reply:

* Name

* Email Address

Website Address

Popular Articles
Featured Video
Categories
Blogroll

Recent Comments
  • EH,CANTIKNYAA...BEG TUU....... more
  • assalamualaikum..adakah muzium ini membenarkan sebarang kaji... more
  • terima kasih kerana bertanya, buat masa ini kami belum ada m... more
  • boleh ke saya request nama semua cikgu di malaysia buat masa... more
  • maaf, sy x dpt lg email dr bro...harap sent balik...tq... more