Hai, Salam 1 Malaysia!
Apa khabar anda hari ini? Kami harap anda sentiasa sihat di samping keluarga yang tersayang. Kali ini DiaryKL akan menceritakan kepada anda tentang hab pengangkutan yang terpenting di Kuala Lumpur. Tahukah anda dimana letaknya stesen keretapi yang terbesar di Asia Tenggara? Di mana ia juga berfungsi untuk menghubungkan stesen pengangkutan-pengangkutan di seluruh kawasan Kuala Lumpur. Tidak lain dan tidak bukan, Kuala Lumpur Sentral atau lebih dikenali sebagai KL Sentral!

Ianya merupakan kawasan pembangunan transit yang menempatkan stesen kereta api utama Kuala Lumpur. KL Sentral dibuka pada 16 April 2001 untuk mengambil alih peranan Stesen Keretapi Kuala Lumpur lama, sebuah mercu tanda zaman penjajahan yang masih dibuka untuk tren komuter sahaja. KL Sentral ialah stesen kereta api terbesar di Asia Tenggara.

KL Sentral direka sebagai sebuah hab pengangkutan yang melibatkan pelbagai jenis pengangkutan. Kebanyakan khidmat pengangkutan gerabak di Kuala Lumpur mengampil penumpang di KL Sentral, begitu juga dengan perkhidmatan kereta api antarabandar yang menyusuri Semenanjung Malaysia dan Singapura. Projek KL Sentral sebenarnya masih belum lengkap sepenuhnya, biarpun prasarana stesen kereta api sudah sedia namun masih menunggu penyiapan bahagian-bahagian lain seperti pusat beli-belah, pejabat dan rumah pangsa yang dijangka siap menjelang tahun 2015.

KL Sentral meliputi seluruh kawasan pembangunan berkeluasan 290,000 meter persegi yang dibina atas bekas tempat melangsir Keretapi Tanah Melayu di Brickfields. Pembangunan KL Sentral merangkumi hab pengangkutan, hotel, bangunan pejabat, pangsapuri dan pusat beli-belah yang dijangka siap sepenuhnya pada tahun 2015.

Ia terbahagi kepada 14 bidang tanah, setiap satunya diberi fungsi yang berbeza. Ada yang sudah pun siap dibina dan sedia digunakan, sementara yang lain pula masih dalam pembinaan, atau masih menunggu pembangunan mengikut fasa yang ditetapkan. Projek Pembangunan KL Sentral dimajukan oleh sebuah konsortium yang terdiri daripada Malaysian Resources Corporation Berhad (MRCB), Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) dan Pembinaan Redzai Sdn Bhd.
Banyak lagi info mengenai KL Sentral yang akan kami kongsikan dengan anda, nantikan maklumat menarik tentang KL Sentral dari kami nanti! Jika anda sukakan maklumat ini, anda boleh mengundi artikel ini dengan menekan butang di bawah:
Luas sungguh kawasan KL Sentral ni ek, sebelum ni sy ingat KL Sentral dh siap spenuhnya, rupa2nya banyak lagi yang masih dalam pembinaan..Power ah!!
yup..memang bro…bagus dengan adanye KL Sentral ni..semua berpusat dalam satu kawasan..
cukup dgn satu tempat je…xyah g mane2 dh ek,,hehe
betul tu..semua berpusat..senang..
tempat nih sangat besar. masih banyak kawasan kedai yang belum dibuka dan digunakan…
yeke??banyak ke kedai tak dibuka??sewa mahal sangat kot??
KL Sentral ni memang fungsi untuk menempatkan pengangkutan awam di KL ni..contoh macam monorel, KTM, KLIA Express dan macam-macam lagi..
ya ya..sume ade!
Oh, baru saya tahu yang KL Sentral nih adalah stesen kereta api yang terbesar di Asia Tenggara…
huhuhu..betul tu..syabas Malaysia…