Hai hai hai! Salam 1 Malaysia!
Apa khabar anda semua hari ini? Sihatkah? Kalau anda tak sihat jangan lupa makan ubat tau, hehe. Jika sebelum ini saya menceritakan pengalaman saya membuat lawatan ke Balai Seni Lukis Negara, kali ini saya akan berkongsi pula cerita pengalaman saya berkunjung ke Kompleks Kraf Kuala Lumpur! Ya, dah lama saya merancang untuk menceritakan pengalaman ini, tapi masih belum berkesempatan dan akhirnya saya berjaya juga mencuri masa untuk menulis cerita pengalaman saya ini!
Pada tahun lepas, iaitu tahun 2008, saya bersama beberapa orang rakan telah berpeluang untuk berkunjung ke Kompleks Kraf Kuala Lumpur. Saya sungguh bernasib baik kerana kebetulan pula pada ketika itu, sedang diadakan Sambutan Hari Kraf Kebangsaan di Kompleks Kraf tersebut. Sebenarnya, Sambutan Hari Kebangsaan ini merupakan sebuah acara tahunan di sini, jadi ia diadakan pada setiap tahun selama beberapa hari dan disambut secara besar-besaran.
Saya merupakan seorang pelajar Pendidikan Seni Visual, dan aktiviti kesenian yang sebegini sememangnya amat dinantikan oleh saya. Hehe, anda bayangkan saja betapa terujanya saya bila sampai ke Kompleks Kraf ni. Bermacam-macam perkara menarik yang dapat saya lihat dengan mata saya sendiri. Ohh sungguh banyak untuk diceritakan, teruskan membaca ya, kerana saya sedang bersemangat untuk bercerita ni!

Pada awal ketibaan di Kompleks Kraf ini, saya telah memilih untuk melihat pameran tembikar terlebih dahulu. Terlalu banyak perkara yang dipamerkan, jadi saya telah memilih secara rawak sahaja, hehe. Untuk pengetahuan anda, tembikar adalah merupakan sejenis barangan yang diperbuat daripada tanah liat yang telah diproses, dibentuk dan kemudiannya dibakar bagi mengekalkan rupa bentuk tembikar tersebut. Ia boleh terdiri daripada pasu, mangkuk, tempayan, cawan, labu sayong dan banyak lagi, anda lihat sahaja gambar-gambar yang saya ambil sendiri ni ya! hehe

Ini merupakan tembikar terbesar yang dapat saya jumpa di Kompleks Kraf tersebut, besar tuuu...
Selain dapat melihat berbagai jenis tembikar yang dipamerkan, saya juga dapat melihat sendiri proses bagaimana untuk menghasilkan tembikar secara tradisional mahupun dengan cara moden, waahhhh! Saya rasa cukup bertuah kerana datang ke sini, anda lihat lah sendiri bagaimana ianya ditunjukkan pada pengunjung yang datang, jangan cemburu pulak ya, hehe.

Abang kita ni menunjukkan cara bagaimana untuk membentuk tembikar dengan menggunakan cara tradisional, peluang sebegini rugi jika dilepaskan, saya melihat proses ini sehingga selesai!


Haaa, ini ditunjukkan pula cara membentuk tembikar menggunakan teknik picitan, sungguh seronok dapat melihat sendiri bagaimana teknik ini digunakan, dan bukan teknik ini sahaja, semua teknik-teknik yang lain juga ada ditunjukkan kepasa pengunjung yang datang ke sini!


Pelbagai jenis tembikar dipamerkan di Kompleks Kraf tersebut, saya tidak melepaskan peluang untuk mengambil gambar ini, lagipun ia dibenarkan, hehe..
Setelah banyak gambar tembikar diambil dan berpuas hati dengan demontrasi yang ditunjukkan, saya pergi pula melihat pameran senjata lama di sudut yang berhampiran. Wow! Ini tidak kurang hebat dari pameran tembikar tadi, rambang mata saya dibuatnya. Pelbagai jenis senjata lama di pamerkan di sini. Saya dapat melihat bermacam jenis keris, pedang, tombak, lembing dan sebagainya! Sekali lagi saya ingin mengajak anda untuk melihat sendiri bagaimana suasana di sudut tersebut, sungguh mengujakan!

Ini adalah merupakan sejenis parang, oleh kerana bentuknya yang ganjil dan aneh, jadi saya rasa elok dikongsikan bersama anda..


Senjata ini dikenali sebagai kerambit ataupun lawi ayam, ia merupakan senjata yang popular dan digunakan secara meluas pasa suatu masa dahulu!

Ini ialah keris! Hehe, semua orang pun tahu kan...


Ini adalah sebahagian kecil daripada kepala keris yang dipamerkan!
Sebenarnya, masih banyak lagi senjata-senjata lama seperti pedang, lembing dan sebagainya yang dipamerkan. Saya akan kongsikan lagi dengan anda di lain masa kerana masih banyak lagi yang ingin diceritakan selain senjata ni, hehe. Setelah puas menjamu mata dengan bermacam-macam jenis senjata, saya teringin pula untuk melihat pameran barangan perhiasan daripada tembaga. Barangan perhiasan daripada tembaga ini mempunyai banyak persamaan dengan tembikar. Ia juga boleh terdiri daripada barang-barang seperti keronsang, tepak sireh, bekas cincin dan banyak lagi! Jom kita lihat beberapa contoh barangan perhiasan tembaga yang dipamerkan di Kompleks Kraf tersebut!

Perhiasan ini dipakai oleh pengantin perempuan di majlis perkahwinan orang-orang melayu..

Saya juga tidak melepaskan peluang untuk bergambar dengan barangan tembaga yang sudah jarang didapati ini.

Begitu juga dengan dua orang rakan saya yang comel ni, izzati dan amalina..
Di Kompleks Kraf ini juga ada dipamerkan barangan tekstil seperti batik, songket tenun dan sebagainya. Saya sesekali tidak melepaskan peluang untuk melihat sendiri bagaimana proses untuk mencanting batik, menenun songket dan sebagainya. Iyalah kan, selalunya perkara-perkara yang sebegini hanya dapat dilihat dalam dokumentari di televisyen sahaja! Jadi, teramat rugi lah kalau saya tidak mengambil peluang ini. Dan anda juga bertuah kerana saya ada mengambil beberapa keping gambar untuk ditunjukkan kepada anda, hehe

Ini dikenali sebagai canting, iaitu alat yang digunakan untuk mencanting batik..


Proses menghasilkan canting ditunjukkan secara 'live' di sini, saya sungguh bertuah kerana dapat melihat sendiri bagaimana ia dihasilkan..
Selain batik, kain songket juga ada dipamerkan di Kompleks Kraf Kuala Lumpur. Bukan itu sahaja, proses menenun songket juga ditunjukkan kepada pengunjung yang datang. Ada gambar tak? Hehe mesti la ada, saya dah sediakan semuanya untuk anda lihat, hehe

Hehe, jangan cemburu ya, saya dapat melihat semuanya secara 'live' di sini!
Baiklah, saya rasa cerita pengalaman saya ni dah cukup panjang, jika berkesempatan saya akan kongsikan lagi. Jika anda teringin untuk mengalami sendiri pengalaman yang saya lalui ini, anda boleh datang berkunjung sendiri ke Kompleks Kraf Kuala Lumpur ini. Ia terletak di Jalan Conlay Kuala Lumpur, dan dibuka dari jam 8.45 pagi hingga 6 petang. Anda juga boleh melayari laman web Kompleks Kraf di www. kraftangan.gov.my, dan jika anda suka cerita pengalaman saya ini, anda boleh mengundi artikel ini dengan menekan butang di bawah:

Terima Kasih saya ucapkan untuk undian anda, Terima Kasih ![]()
Memang best r sampai sini….Kalau ada peluang nak datang tiap2 tahun…hehehe…
hurm sonoknya..sy pun jurusan kesenian jgk, mcm mane awk bleh tahu pasal pameran ni?
owh same la, awk boleh tengok pengumuman sambutan kraf tu kat sini http://kebudayaan.kpkk.gov.my/ ataupun dalam surat khabar, untuk tahun 2009 diadakan pada bulan mac hari tu, selama 12 hari…
Nanti untuk tahun depan saya akan umumkan kat blog ni, boleh la kita pergi sama2 nanti ya..
ok..thanks ek..
rajin btul awk ni, hehe
btw, awk ni study kt mane?
mane ade rajin…huuu..
sy study kt maktab jek…
IPG Sultan Mizan Terengganu…
oo..Milsum ni bakal guru ke??bagusla…
yela…bakal guru jek…huhu
guru satu profession yg mulia..good luck!!
ok juga tu~ jangan lupa beritahu ya nanti. kalau ada masa, boleh saya turut serta melawat tempat nih nanti~
InsyaAllah….nuristimewa ni peminat seni gak ekk..hehe
oo..husnil pun student seni ke??ramai plak student seni ni..minat ke??
mak ai..rajinnya..sampai nak datang tiap-tiap tahun??huhuhuh
ntah..haha
Waaa.. Bestnye kalo boleh pergi tgk sndiri.. Huhu.. Yg buat tembikar tu, dia ada bg kita try buat x?
mesti la bg wak…sy siap amek bwak balik tanah liat tuh…dorang ade banyak, so sy mintak je la…hehe..
Owh.. Ade ek??? Best! Best! Hee…
siap bawak balik tu~ tak tahan~ hehe~
tapi ok juga, boleh simpan buat kenangan kan~
ambek tu sbb nk try buat sndri..hehe, rase yakin je bile dh tngok live nih..
huhuhu….tula…bagusla Milsum dapat peluang camni…teringin gak nk wat sendiri..tapi tangan kasar..huhuhu
tgn kasar tu tanda kuat bekerja…kalau tangan keras lain criter..hehehe
fathiha minat nak belajar ke??huhuhu..tangan kena lembut..baru cantik!!
paling stail keris yang sarung dia macam batang kayu tu…
haha..saya rasa itu parang namanya..hik3…
ish, parang tu sarung dia uniklah! tapi, tak berat ker sarung parang tu masa kamu pegang, miLsUm?
hmm…berat ke tak ek, lupa plak..bnyak sgt parang yg dipegang..hehe
nnti sy g pegang lg skali yer..
huhuhu..kalo bro datang lagi…bolehla amek gambar macam-macam parang..yg unik-unik..huhuhu
ikan parang nak?? haha..
ikan parang??buat keropok ok la..kan??haha
oo..parang ke bro??bukan golok ke??huhuhu
aiyak….golok pun buley..hehehe
nampak macam bestlah Kompleks Kraf KL nih. Tertarik tengok labu sayung yang besar dan setinggi orang tuh~ macam mana lah mereka boleh buat labu sayung sebesar tu? huhu~
itu yg menjadi persoalan..tp sy rase dorang guna teknik picitan mcm gmba kedua tu..
kalau silap milsum tlong betulkan ek..hehe
memang bentuknya mcm labu sayong, tp sbnarnya bukan labu wak, ia adalah sebiji pasu yang besar..hehehe, utk buat pasu ni dorang guna mesin, tp konsep mesin tu sama je dengan cara tradisional, pusing2 jugak…sy tahu psal ni sbb tengok kat Majalah 3
Owh.. Bagos la kamu ini. Semua dia tahu. Bleh wat ‘buku rujukan’ neh.. Hehe~~
bro Milsum ni bakal guru..mesti tau banyak benda..kan??huhuhuhu
wah wah wah……diriku telah tersipu maluw…huhuu
huhuhu..ooo//pasu jer…ingatkan labu sayong…huhuhuhu…
a’ah, pasu ler….letak bunga mesti cantik…
sy x th sngat pasal labu sayong ni..kalau labu yg org tanam tu penah la makan..tp bkn labu arkeologi tau..hehehe..hr tu ade gak tgk kat M3..kat melaka hr tu pon ade gak ekspo pertanian kot…ada la demonstrasi membuat pasu ni.. kejap jer dia buat. lawa lak tuu..kalau ade mesin tu kat umah ,msti dah try buat..hehhee
Huh, kalau ade mesin trus bleh buat bisnes jual labu ler…hehe, minat btul milo dgn labu ek, rata2 g tengok labu..hehe..
huhuhu..kalo nak buat labu besar camtu, kena pakai tanah liat banyak-banyak kot??huhuhu
hurm..mungkin dah dicampur bendasing macam tulang besi etc…
wah ….seronok yea
kebetulan saya nk buat assignmt pasal warisan kesenian di malaysia….
so, leh la ambik gmbr awk untuk bt set induksi.heheh
bolehhh……amek la…hehe..