Hai, selamat datang ke DiaryKL, semoga anda sentiasa sihat dan ceria selalu..
Tahukah anda, sebelum adanya kompleks beli belah di Kuala Lumpur, di mana agaknya tempat yang menjadi destinasi beli belah untuk orang ramai? Jalan Tuanku Abdul Rahman pada suatu masa dahulu merupakan kawasan membeli-belah utama di Kuala Lumpur, sebelum wujudnya kompleks-kompleks membeli-belah moden yang ada sekarang.

Sepanjang jalan ini diapit deretan bangunan kedai dengan rekabentuknya yang berlainan yang terbina sebelum Perang Dunia dan telah dipulihara dan diubahsuai menjadi kedai yang moden.

Walaupun banyak syarikat telah keluar dari kawasan ini untuk ke tempat yang baru, pelbagai jenama terkenal seperti GS Gill, P. Lal dan PH Henry masih terdapat di Jalan Tuanku Abdul Rahman.

Kedai-kedai yang kekal di sini menawarkan pelbagai pilihan kain, barangan kulit yang diimport, beg dan bagasi, permaidani, peralatan sukan dan pakaian musim sejuk.

Lorong-lorong sempit di antara deretan kedai di sini dipenuhi gerai-gerai yang menawarkan pelbagai jenis kain yang beraneka corak dan warna pada harga murah yang sukar dilepaskan.

Kedai-kedai lain yang juga telah lama bertapak di sini menjual koleksi barangan perak dan kristal. Kompleks membeli-belah yang moden – Sogo dan Maju Junction Mall – juga terletak berhampiran Jalan Tuanku Abdul Rahman.

Pada setiap hari Sabtu dari jam 5.00 petang hingga 10.00 malam, Lorong Tuanku Abdul Rahman ditutup dan bertukar menjadi sebuah pasar malam di mana para penjaja kecil menjual pelbagai jenis barangan menarik dari gerai terbuka mereka.
Jika anda sukakan maklumat dan gambar-gambar ini, anda boleh mengundi artikel ini dengan menekan butang di bawah:

Terima kasih kami ucapkan untuk undian anda, Terima Kasih
pasar malam sini mmg best..penah g skali..hehe
ada dengar ceruta juga pasal malam dia… teringin nak pergi, tapi tak berani jalan malam-malam kat sini kalau tak der member… huhu~
saya pernah datang, drive sendiri dikawasan sini sekali jer. Sebab nak pergi bangunan Mara untuk selesaikan hal pinjaman mara. jalan dia selalu sesak. nak cari parking pun agak susah. lepas nih kalau nak datang sini lagi, nak naik LRT atau komuter sajalah.. tak der pening dengan kesesakan lalu lintas..