WordPress Now
WordPress Now

Hai, Salam 1 Malaysia :)

Anda apa khabar? semoga anda sihat selalu lah yer.. Kali ini, kita akan berjalan-jalan ke jalan yang tidak asing lagi di Kuala Lumpur, iaitu Jalan Petaling! atau lebih dikenali sebagai Petaling Street.

merupakan pusat jualan warga Cina (Chinatown) Kuala Lumpur yang banyak mengekalkan suasana tradisinya terutama sekali di waktu malam apabila para penjaja menebarkan barang-barang jualan mereka untuk dijual di sepanjang jalan tersebut.

petaling-st

Walaupun pelbagai jenis barangan boleh didapati di sini, dari batu permata dan kemenyan hinggakan barang-barang permainan dan kemeja-T, tarikan sebenar pasar malam ini ialah pengalaman menjamu mata dan telinga serta suasana kesibukan yang meriah di sini. Pelawat tidak akan kekurangan pilihan makanan di sini kerana terdapat pelbagai jenis sajian ditawarkan dan terdapat restoran-restoran yang telah beroperasi beberapa generasi lamanya.

petaling_street_chinatown

Warga tempatan berkunjung beramai-ramai ke Jalan Petaling khasnya untuk membeli pelbagai aksesori murah serta menikmati makanan di sini. Oleh itu, cubalah! Tuju ke Jalan Petaling dengan perut yang kosong dan hati yang terbuka. Walaupun anda tidak membelanjakan sesen pun (satu perkara yang sukar di sini!), anda pasti menimba pengalaman yang menarik.

petaling-street1

Di hujung Jalan Petaling terdapat sebuah tokong bernama Chan See Shu Yuen yang dibina sekitar tahun 1906 yang boleh anda lawati. Bahagian dalam tokong ini mempunyai sebuah kawasan halaman yang terbuka dan memaparkan lukisan serta ukiran yang indah dan halus. Arca-arca tembikar disusun di bahagian luar tokong. Manakala di bahagian dinding luar dan bumbung tokong terdapat ukiran yang halus dan menarik.

2349627958_764f7b7236

Jika anda inginkan maklumat lanjut untuk kesini, anda boleh hubungi Pejabat Pelancongan Kuala Lumpur di talian : +603-2615 8188 Talian Infoline Pelancongan : 1-300-88-5776

petaling-street-notte

Jika anda sukakan maklumat dan gambar-gambar ini, anda boleh mengundi artikel ini dengan menekan butang di bawah:

Undi anda amat bermakna buat kami, Terima Kasih :)

6 Responses to "Jalan Petaling (Petaling Street)"
  • miLsUm November 18, 2009 at 7:01 pm

    pernah beberapa kali dtg ke sini..best!

  • Akuro San November 21, 2009 at 1:49 pm

    saya pernah tersesat disini masa mula-mula nak jejakkan kaki ke Pasar Seni~ masa tu baru first time turun Puduraya~ huhu~

    • miLsUm November 21, 2009 at 3:25 pm

      haha..yeke? psst, jgn bgtau org ek, sy pun penah tsesat skali kt sini.. huhuuu

      • Akuro San November 23, 2009 at 8:40 pm

        La… sama pernah sesat gak ker? hehe~
        tapikan lorong-lorong kat Petaling Street nih agak mengelirukan… sebab kebanyakkan lorong-lorong dia nampak sama jer.. tu yang sesat tu… huhu~

        • Fathiha Zainal November 23, 2009 at 10:42 pm

          Xnah agy ada pngalaman sesat kt tmpt2 cmni. Tp.. kalo terkena, mau melalak kot..:(( Huhu..

          • Akuro San November 24, 2009 at 2:06 pm

            ah, sudah… tak usah la melalak.. kalau dah tersesat tu, tanya orang… suruh tunjukkan jalan nak keluar. orang ramai kat situ… tak jadi masalah pun…

Leave a Reply:

* Name

* Email Address

Website Address

Popular Articles
Featured Video
Categories
Blogroll

Recent Comments
  • EH,CANTIKNYAA...BEG TUU....... more
  • assalamualaikum..adakah muzium ini membenarkan sebarang kaji... more
  • terima kasih kerana bertanya, buat masa ini kami belum ada m... more
  • boleh ke saya request nama semua cikgu di malaysia buat masa... more
  • maaf, sy x dpt lg email dr bro...harap sent balik...tq... more