WordPress Now
WordPress Now

Hai, Salam 1 Malaysia! :)

Phil600 copy

Entri sebelum ini menceritakan tentang Menara Berkembar Petronas, dan kali ini kami akan berkongsi dengan anda tentang sesuatu yang boleh dianggap istimewa berada di dalam menara tersebut! Apakah ia? Tak lain tak bukan, Dewan Filharmonik Petronas!

normal_49c5ee6416916 copy

Dewan filharmonik ini terletak di lokasi strategik di dalam Menara Berkembar Petronas juga merupakan dewan muzik klasik khusus yang pertama di negara ini. Dewan yang mempesonakan ini dilengkapi dengan kemudahan termoden serta tempat duduk yang selesa dan menggembirakan pelawat yang berkunjung dengan kualiti bunyi yang amat jelas.

wn_dfp01 copy

Ianya merupakan tapak bagi Orkestra Filharmonik Malaysia yang terdiri dari barisan pemuzik tempatan dan antarabangsa yang hebat. Dewan ini kerap mempersembahkan konsert dan persembahan kebudayaan tradisional oleh Kumpulan Kebudayaan Petronas.

2 copy

Sejak mula beroperasi pada tahun 1998, dewan ini telah menghiburkan para pelawat dengan pelbagai orkestra dan pemuzik klasik terkemuka di dunia serta pemuzik jazz, persembahan muzik tradisional Malaysia dan persembahan tarian.

Selaku dewan khusus pertama yang dibina di Malaysia, Dewan Orkestra Filharmonik berwawasan untuk menjadi pusat tumpuan peminat muzik klasik serta bentuk muzik lain yang berkaitan seperti muzik jazz dan muzik dunia atau ‘world music’.

Jika maklumat ini membantu, berbesarlah hati kami jika andu sudi untuk mengundi artikel ini dengan menekan butang di bawah:

Terima kasih kami ucapkan untuk undian anda, Terima Kasih :)

6 Responses to "Dewan Filharmonik Petronas"
  • miLsUm November 18, 2009 at 11:50 pm

    kalau la dapat masuk dewan ni….kan best…

    • danzaimar November 22, 2009 at 6:30 am

      huhuhu..ye bro mesti best..kalo ader konsert artis terkenal cm dulu SM Salim ngan Siti..huhuhu

    • Akuro San November 23, 2009 at 8:09 pm

      betul la~ beat kalau dapat masuk dan ambil gambar kat dalam dewan nih… dari gambar saja dah nampak betapa mewahnya keadaan dewan nih. mesti orang-orang ternama jer yang boleh masuk sini kan?

    • Akuro San November 23, 2009 at 8:09 pm

      betul la~ best kalau dapat masuk dan ambil gambar kat dalam dewan nih… dari gambar saja dah nampak betapa mewahnya keadaan dewan nih. mesti orang-orang ternama jer yang boleh masuk sini kan?

  • Fathiha Zainal November 23, 2009 at 10:39 pm

    Waaaaah!! Nmpk grand yg amat tempat neh… Kalo wat majlis kahwin kt ctu boleh dak? Wakaka!

    • Akuro San November 24, 2009 at 2:03 pm

      Fathiha nak buat majlis kahwin kat situ ker? kena sedia duit banyak untuk sewa tempat nih~

Leave a Reply:

* Name

* Email Address

Website Address

Popular Articles
Featured Video
Categories
Blogroll

Recent Comments
  • EH,CANTIKNYAA...BEG TUU....... more
  • assalamualaikum..adakah muzium ini membenarkan sebarang kaji... more
  • terima kasih kerana bertanya, buat masa ini kami belum ada m... more
  • boleh ke saya request nama semua cikgu di malaysia buat masa... more
  • maaf, sy x dpt lg email dr bro...harap sent balik...tq... more