WordPress Now
WordPress Now

Hai hai hai… Salam 1 Malaysia!

Apa khabar anda hari ni? Semoga anda sentiasa sihat sejahtera lah ya :) Anda sukakan coklat? Mestilah suka kan, jarang sekali kita terjumpa dengan orang yang tidak sukakan coklat. Terutamanya golongan perempuan, tidak mengira tua atau muda, mereka sangat sukakan coklat. Malah kaum lelaki sering dicadangkan untuk menghadiahkan coklat kepada wanita yang ingin mereka pikat. Hmm, begitu besar sekali ‘kuasa’ coklat terhadap kaum perempuan.

P1040220

Tahukah anda, dimana letaknya syurga coklat yang terbesar di Malaysia? ianya terletak di Malaysian Tourism Centre / Pusat Pelancongan Malaysia (MATIC). Dan ia dikenali sebagai Cocoa Boutique!Cocoa Boutique menawarkan pelbagai pilihan coklat yang menarik untuk anda.

TriptoKL109

Coklat buatan Malaysia, yang dicipta menggunakan bahan-bahan segar dan berkualiti tinggi. Coklat istimewa hasil Cocoa Boutique ini menjanjikan rasa coklat yang sedap dan unik, khas untuk pengunjung ke sini.

cocoa

Bahan koko yang digunakan dalam penghasilan coklat Cocoa Boutique adalah dari negara Belgium, Ghana dan Malaysia. Antara coklat yang menarik perhatian pengunjung ke sini termasuk coklat kelapa, coklat durian, coklat nenas, coklat cili dan pelbagai jenis lagi. Malah, coklat durian pernah memenangi anugerah ‘Produk Coklat Paling Innovatif 2004′, dari Lembaga Koko Malaysia.

chocolate-truffles

Malah, jenama coklat Malaysia dari Cocoa Boutique ini juga dieskport ke China, Taiwan, India, Hong Kong, Australia dan rantau Asia Tenggara. Jangan lupa singgah sebentar di kedai Cocoa Boutique, dan rasai keunikan produk di sini!

chocolate

Anda boleh menghubungi Cocoa Boutique di talian +603-2141 7010 atau layari laman web mereka: sekiranya anda inginkan sebarang maklumat lanjut :)

Chocolates

Jika anda suka perkongsian kami pada kali ini, anda boleh mengundi artikel ini dengan menekan butang di bawah:

Undian anda amat bermakna untuk kami, Terima Kasih kami ucapkan :)

29 Responses to "Cocoa Boutique Kuala Lumpur"
  • miLsUm November 22, 2009 at 4:44 pm

    sedapnyaaaa……uhh x tahan!

    • danzaimar November 22, 2009 at 10:46 pm

      huhuhu..mula rasa terliur tengok coklat-coklat ni..huhuhu

  • Fathiha Zainal November 22, 2009 at 8:21 pm

    Haizz… Kene pegi nih. Tergoda tengok coklat2 tuh!! *Melting like the chocs~~

    • danzaimar November 22, 2009 at 10:47 pm

      huuhu..hantu coklat gak ye??huuhu

  • danzaimar November 23, 2009 at 7:55 am

    bestnye tengok coklat-coklat ni..buat kecur air liur je..huhuhu

    • Akuro San November 24, 2009 at 1:52 pm

      hah, kena beli dan rasa kalau dah sampai kecur air liur tuh. huhu~

      • danzaimar November 24, 2009 at 9:59 pm

        huhuhu..tula..tapi masalahnya, nak beli duit takde..kena tunggu saper2 sudi belanja..huhuhu

        • Akuro San November 30, 2009 at 4:07 pm

          ish, tipu danzaimar nih kata tak der duit. itu yang dekat avatar kamu tuh, kalau bukan duit, apa? huhu~

          • danzaimar November 30, 2009 at 11:04 pm

            huhuhu..tu gambar sekadar untuk hiasan je sis…huhuhu..jangan terpedaya..

  • Akuro San November 23, 2009 at 5:39 pm

    Cocoa Boutique? Kenapa saya tak pernah dengar jenama coklat ni di iklankan di TV yerk? Coklat dia nampak menarik! setanding dengan coklat jenama luar negara yang mahal… teringin saya nak rasa coklat nih… nice!

    • Fathiha Zainal November 23, 2009 at 10:31 pm

      Kalo dh ada chance nk rasa tu, jgn lupa pass kt cni ckit yea… Moh kite sama2 jadi hantu coklat. Muahaha!

      • danzaimar November 23, 2009 at 11:13 pm

        huhuhu..share ramai-ramai la bagus..

        • Fathiha Zainal November 23, 2009 at 11:20 pm

          Sharing is caring. Caring is loving. Loving is…??? :P

          • danzaimar November 24, 2009 at 9:59 pm

            loving is???emm….loving is for everyone..huhuhu

        • Akuro San November 24, 2009 at 1:49 pm

          share ramai-ramai, kena beli sendiri-sendiri nih… huhu~

          • danzaimar November 24, 2009 at 10:00 pm

            huhuhu..cmner konsep tu??share ramai-ramai, tapi bayar asing-asing..huhuhu

            • Akuro San November 30, 2009 at 4:08 pm

              hah, tahu tak aper~ itulah yang saya maksudkan~

              • danzaimar November 30, 2009 at 11:04 pm

                huhuhu…good idea sis…masing-masing settle kan??hahahhaha

    • danzaimar November 23, 2009 at 11:12 pm

      betul tu..tak sangka produk tempatan ader yang setanding import!!

      • Akuro San November 24, 2009 at 1:51 pm

        rasanya banyak lagi produk tempatan yang setanding luar negara. tapi mereka tak buat pasaran dalam negara. kebanyakan mereka eksport…

        • danzaimar November 24, 2009 at 10:01 pm

          yeke??banyak gak ke yang dieksport ke luar negara??contohnya???

          • Akuro San November 30, 2009 at 4:13 pm

            contohnya ada satu kilang biskut di kampung saya nih. produk dia memang dibuat khas untuk di eksport ke luar negara. Kat Malaysia ni kita takkan jumpa jenama biskut tu~ sebab biskut tu semua di eksport. tapi kalau pekerja kilang tu sendiri, mereka merasa la makan biskut tu~ kalau waktu raya, mereka dapat free 1 paket untuk dibuat raya~

            • danzaimar November 30, 2009 at 11:03 pm

              yeke??wah..bagus tu..tak sangka pulak kan??memang company tu dh ader target market kt luar negara..kira hebatla…

    • Akuro San November 24, 2009 at 1:48 pm

      eh, coklat ada hantu? oh, tak pernah ku tahu… hehe~

      • danzaimar November 24, 2009 at 10:02 pm

        huhuhu..jangan disebut hantu-hantu..kang ngigau kang!!hahahha

        • Akuro San November 30, 2009 at 4:15 pm

          tak der mengigaunya saya… melainkan kalau tidur tak basuh kaki atau tak baca ayat Kursi… huhu~

          • danzaimar November 30, 2009 at 11:01 pm

            huhuhu…tambah lagi satu..baca doa tidur..huhuhuhu

Leave a Reply:

* Name

* Email Address

Website Address

Popular Articles
Featured Video
Categories
Blogroll

Recent Comments
  • EH,CANTIKNYAA...BEG TUU....... more
  • assalamualaikum..adakah muzium ini membenarkan sebarang kaji... more
  • terima kasih kerana bertanya, buat masa ini kami belum ada m... more
  • boleh ke saya request nama semua cikgu di malaysia buat masa... more
  • maaf, sy x dpt lg email dr bro...harap sent balik...tq... more