WordPress Now
WordPress Now

Hai! Salam 1 Malaysia :)

Apa khabar anda pada hari ini? Semoga anda semua sentiasa sihat dan ceria selalu. Pada kali ini, kami ingin mengajak anda untuk berjalan-jalan di kawasan Bukit Bintang! Hehe, bagi orang KL, Bukit Bintang memang sudah sebati dengan jiwa mereka, kerana Bukit Bintang seperti sudah menjadi nadi utana di Ibu Kota Kuala Lumpur!

bb b

Bukit Bintang adalah antara tempat yang paling bergaya di ibukota bagi mereka yang gemar membeli-belah atau bersantai menikmati secawan kopi bersama kawan-kawan hingga ke lewat malam.

bbbb

Ianya tempat yang paling sesuai untuk memerhati gelagat manusia di kota sambil menikmati segelas ‘latte’ setelah penat membeli-belah.Kawasan kaki-lima yang lebar di sepanjang jalan ini telah diubahsuai menjadi tempat pertemuan yang bergaya dengan kafe dan restoran yang berbagai-bagai jenis.Anda tentu tidak akan kekurangan pilihan dengan pelbagai jenis kedai dan kompleks membeli belah yang terdapat di sepanjang Jalan Bukit Bintang.

map bb

Kawasan Bukit Bintang dilalui tiga jalan utama: Jalan Bukit Bintang bermula dari Jalan Pudu dan bersimpangan dengan Jalan Sultan Ismail. Terdapat sebilangan hotel dan restoran yang terletak di Jalan Raja Chulan dan Jalan Tengkat Tong Shin. Tempat makan yang besar terdapat di Jalan Alor berdekatan Bukit Bintang, di mana para penjaja menawarkan maknan murah tetapi berkualiti tinggi dalam suasana yang senang beristirahat. Kawasan ini berhubung dengan Jalan Tengkat Tong Shin di mana struktur warisan berharga dari zaman silam Kuala Lumpur, dimodenkan menjadi kelab malam dan restoran di mana pelancong dan penduduk setempat bergaul membentuk suasana bandar yang berwarna-warni.

bb

Penginapan :

Untuk kemudahan pengunjung luar, hotel disediakan untuk menawarkan penginapan daripada yang bajet rendah kepada yang mewah. Antara hotel-hotel mewah dalam Bukit Bintang ialah The Grand Millenium, JW Marriott, Ritz-Carlton, Royale Bintang, Novotel dan Federal Hotel. Anda juga boleh melihat artikel Hotel Bajet Di Bukit Bintang sebagai rujukan anda.

Pusat Beli Belah :

Tidak dapat dinafikan bahawa Bukit Bintang adalah salah satu kawasan beli-belah utama di Kuala Lumpur, menawarkan pelbagai jenis barang-barangan untuk memenuhi segala citarasa dan kemampuan berbelanjaan. Pusat beli-belah utama di sini adalah:

  • Bukit Bintang Plaza
  • Imbi Plaza
  • Kuala Lumpur Plaza
  • Lot 10
  • Low Yat Plaza
  • StarHill Gallery
  • Sungei Wang Plaza
  • The Pavillion

Laluan Bintang Walk terletak sepanjang barisan beli-belah di Jalan Bukit Bintang. Kawasan ini dibentuk sepanjang 5 tahun dahulu, menjadikannya salah satu tumpuan pelancong dan penduduk setempat dan kawasan beli-belah tersibuk. Kafe, restoran, kelab, kedai, pusat beli-belah dan lainlain lagi mengisi laluan ini. Pada hujung minggu, beribu-ribu orang melalui sini untuk mencapai pusat beli-belah yang lain dalam kawasan ini. Hampir kesemua acara malam utama diadakan di Bintang Walk seperti sambutan tahun baru dan Hari Kemerdekaan, serta pertunjukan fesyen, konsert dan parti jalanan.

Hiburan :

Terdapat sebilangan kafe dan kelab malam di Bukit Bintang. Antara penubuhan yang terpenting termasuk Nouva, Espanda, The Beach Club, Atmosphere, Hard Rock Cafe, Planet Hollywood, dan Zouk.

bb bb b

Pengangkutan :

Berjalan / Teksi – Bahagian Bukit Bintang yang paling meriah terletak di persimpangan Jalan Sultan Ismail. Sekiranya anda menaiki teksi, tempat paling sesuai untuk turun ialah di Plaza Star Hill dan dari sini anda boleh berjalan kaki hingga ke Plaza Low Yatt.

Monorail – Stesen Monorail Bukit Bintang terletak di antara kompleks beli-belah Lot 10 dan kompleks beli-belah Sungai Wang. Laluan Monorail membolehkan anda bertukar stesen untuk menggunakan laluan LRT untuk ke destinasi seterusnya.

Jika anda suka artikel dan gambar-gambar ini, berbesarlah hati kami jika anda sudi untuk mengundi artikel ini dengan menekan butang di bawah :

Terima Kasih kami ucapkan untuk undian anda, terima kasih :)

10 Responses to "Bintang Walk !"
  • miLsUm November 15, 2009 at 7:08 pm

    Bukit Bintang ni best bila jalan2 waktu malam…hehe…

    • danzaimar November 16, 2009 at 4:10 pm

      betul tu…tapi ape yang boleh dicari malam2???hum…

      • miLsUm November 16, 2009 at 9:33 pm

        hehe..macam2… =p

        • Akuro San November 24, 2009 at 10:39 am

          saya dengar cerita, waktu malam lah tempat nih ’sangat hidup’. ya… memang macam-macam yang ada disitu waktu malam.. hehe~

  • danzaimar November 16, 2009 at 4:14 pm

    Bukit Bintang aka Bintang Walk sememangnya popular di KL ni..terletak di kawasan segitiga emas KL..macam-macam ader di sini..

    • miLsUm November 16, 2009 at 9:34 pm

      haaa…citer la skit ape yg ade…hehe..

      • danzaimar November 16, 2009 at 10:50 pm

        huhuhu..double meaning tu bro..pada aku, kt sini banyak shopping complex..cm Sg. Wang, Lot 10, Pavillion dan macam-macam..pasal night life..hum…kena g tengok sendiri kot??huhuhu

        • miLsUm November 17, 2009 at 1:19 am

          hehe..jom la temankan akuw…kang sesat nnti payah..

    • Akuro San November 24, 2009 at 10:42 am

      bagi saya, Bukit Bintang nih tempat orang-orang berada juga kot~ sebab tempat-tempat seperti Hard Rock Cafe, Planet Hollywood, Espanda… itu kan tempat hiburan orang-orang berada… huhu~

  • Akuro San November 24, 2009 at 10:49 am

    LowYat Plaza dan Imbi Plaza adalah gudang barangan gadget seperti komputer, handphone, digicam, PSP, dll yang sangat terkenal di KL. Bagi anak-anak muda disekitar KL, memang tipu la kalau mereka tak tahu Plaza LowYat dan Plaza Imbi nih…

Leave a Reply:

* Name

* Email Address

Website Address

Popular Articles
Featured Video
Categories
Blogroll

Recent Comments
  • EH,CANTIKNYAA...BEG TUU....... more
  • assalamualaikum..adakah muzium ini membenarkan sebarang kaji... more
  • terima kasih kerana bertanya, buat masa ini kami belum ada m... more
  • boleh ke saya request nama semua cikgu di malaysia buat masa... more
  • maaf, sy x dpt lg email dr bro...harap sent balik...tq... more