Hai, Salam 1 Malaysia!
AMARAN! Artikel kali ini agak berlainan dengan artikel-artikel yang pernah ditulis di blog DiaryKL sebelum ini. Hehe, pada kali ini, saya iaitu Milsum, akan berkongsi dengan anda pengalaman menarik yang saya alami sendiri semasa saya membuat lawatan ke Balai Seni Lukis Negara (BSLN), Kuala Lumpur!

Pada semester yang lepas, saya bersama-sama 19 lagi rakan saya yang lain telah membuat lawatan ke Balai Seni Lukis Negara yang terletak di Kuala Lumpur. Pengalaman membuat lawatan ke sini amat menyeronokkan sehingga saya rasa saya patut berkongsi cerita saya dengan anda semua! Hehe..

Baiklah, sebenarnya saya belajar di dalam jurusan Pendidikan Seni Visual dan lawatan ke Balai Seni Lukis ini merupakan sebahagian daripada silibus pembelajaran kami. Kami juga telah membuat perancangan bermula dari awal tahun untuk datang membuat lawatan ke sini. Di awal ketibaan kami, kami telah disambut oleh Ketua Pengarah BSLN sendiri iaitu Prof. Madya Dr. Mohamed Najib bin Ahmad Dawa. Anda boleh melihat profil lengkap beliau di sini. Hehe, alang-alang dah berjumpa dengan Ketua Pengarah ni, kami tidak melepaskan peluang untuk bergambar dengan beliau.








Kemudian kami telah dibawa melihat setiap sudut yang ada di BSLN tersebut oleh pegawai khas yang bertugas. Terdapat pelbagai sudut mengikut kawasan yang telah ditetapkan. Pada mulanya kami dibawa ke sudut yang menempatkan hasil karya lukisan oleh pelukis-pelukis dari seluruh negara. Hasil lukisan di sini amat menakjubkan, di mana kami dapat melihat secara ‘live’ hasil-hasil karya yang sebelum ini hanya dapat dilihat melalui buku rujukan ataupun internet sahaja, kami sangat teruja! Sehingga sukar untuk kami tinggalkan setiap lukisan ataupun hasil karya yang sedang kami lihat.




Setelah puas menjamu mata dengan lukisan-lukisan tersebut, kami dibawa pula ke sudut di mana karya arca-arca ditempatkan. Di sini sekali lagi kami terkesima, anda bayangkan kami dapat melihat, menyentuh dan mengamati secara lebih dekat arca Bayu Otomo yang selama ini dapat kami lihat di dalam Buku Rujukan kami sahaja! Dan arca ini juga telah banyak kali menghiasai muka surat soalan peperiksaan kami. Bayangkan saja perasaan kami, rasa nak peluk je arca tu, hehehe. Itu baru je cerita tentang satu arca, akan tetapi sudut arca ini menempatkan lebih daripada 20 arca-arca dari pengarca terkemuka seluruh negara. Hmmmm bayangkan sahaja betapa terujanya kami! Hehehe


Arca-arca tersebut telah membangkitkan semangat kami untuk menyiapkan projek pada semester yang lepas. Kebetulan ketika itu kami ditugaskan untuk menyiapkan sebuah arca bermotifkan alam semulajadi. Kemudian, kami dibawa pula ke sudut lukisan dinding, di sini kami melihat pelbagai jenis lukisan-lukisan dinding yang dihasilkan oleh pelukis-pelukis terkenal yang telah dijemput khas untuk menghasilkan lukisan-lukisan tersebut. Penulis sendiri berasa amat kagum dan pelik bagaimana mereka boleh dan mapu menghasilkan lukisan yang sebegitu halus dalam skala yang begitu besar! Oh Tuhan….
Kami merasakan bahawa lawatan ke Balai Seni Lukis Negara ini amat bermakna buat kami. Selain dapat melihat karya-karya agung tanah air, kami juga telah dapat belajar dari mereka yang lebih berpengalaman. Oleh itu kami sangat menyarankan kepada anda untuk datang melawat sendiri ke BSLN ini supaya anda pun akan mendapat pengalaman seperti kami ataupun yang lebih baik dari kami! Jika anda sukakan cerita pengalaman kami ini, anda boleh mengundi artikel ini dengan menekan butang di bawah:
Pengalaman yang tak dapat dilakukan!
huhuhu..sempat bro ke sana??minat art ke bro?
terpaksa tanam minat…..huuu, sy blaja art..
hahhaha..okla tu…pelan-pelan minatla..huhuhu
orang yang belajar art nih, biasanya orang yang berpemikiran jauh~ kalau kena caranya, mempelajari art nih boleh memberi kepuasan juga…
huhuhu..ye ke sis??tapi saya tak minatla art..huhuu
sy pun amek art jugak..hehehe, berfikiran jauh la sy ni yer..hehe
lebih kurang begitulah, husnil…
saya rasa..pendapat cik Akuro San ni sungguh bernas sekali!!
Suka pict yg gmbr makcik2 pegang senapang nk ‘tembak’ kamu tu.. Very funny yet very creative!
Betul tu..sampai hilang tengkuk milsum..haha
huuu…kalau la anda semua dpt lihat kehalusan lukisan makcik2 pegang senapang ni, mau tergamam! Memang seni ah, kena datang dan tengok sendiri!
Rase nak beli pastu balik gantung kat dinding umah jek..hehe
Itu la.. Teringin lak nk pegi sana. Tgk sndiri kehalusan seni lukis kt ctu, baru puas hati kn? I love arts!!
ya~ gambar tu nampak unik. tapi bila si milsum tu amik gambar ala-ala nak ditembak, terus jadi suasana melucukan~ huhu~
tula..gambar serius.tetiba milsum kt depan jd lawak plak!!
wah wah wah….hepy plk rasenya bila anda semua sukakan gambar itow…hehe.. Ade bnyak lg gamba sebenarnya, tp takkan la nak letak semua sekali kan..hehehe
Ala.. Ltk laa.. Ltk la.. Tak pn kn, awk buat satu section untuk galeri photo saje.. Ngeee~~
betul cm Fathiha cakap..wat satu ruangan foto gallery..meriah sikit..kan??huhuhu
hmmm idea menarik nih….nanti sy design satu page utk photo shj..hehehe
Yay!!! Mekasih~~ Tak saba nk lyn gambar byk2 neh.. Hehe!
hilang tengkuk???
huhuhu..hilang tengkuk sebab takut ke??hahhahaha
agak2 r nak takut…..tp sebenarnya, kalau tak kerana dapat izin dengan pengarah BSLN, kamera pun tak dibenarkan masuk tau…huhu, nasib baik btul ni..
hhuhu..tula…gambar tu nampak hidup kan??
hidup?? tinggi sungguh imaginasi anda yer…hehe, boleh jadi orang seni nih..
imaginasi tinggi??hum…aderla sikit-sikit..hahhahaha
tinggi berapa?? hahaha
By the way, sape photographer ek?? Terer ah.. :p
aiy..awk kena tanye sape director..??
p/s: dan jawapannya adalah saya! hehe..
Ekeke.. Patot la.. Awk tuan directornye yea.. Tp siyes! Mmg cun ah pict tu.. 5 stars sy bg.
hehe~ tak dinafikan, gambar tu memang menarik~
tuan blog ni berbakat gak dalam seni fotografi ye??huhuhu
terima kasih terima kasih…kembang dah lobang idong nih..hehehe
Woopss! Kembang eh?? Control2..
huhuu..jangan kembang sangat..meletop kang!!!hidung jd serombong kapal!!huhuhu
alamak.. slepas 3 hari berlalu, masih kembang lagi nih…ngeh3…
oh, tak dapat saya nak menolong~ hehe~
huhuhu..milsum ni dh kira kes berat ni..hahahaha
berbakat gak tuan director milsum ni ye??hahhahaha
saya tertarik dengan satu gambar arca diatas! Gambar yang ke-11…
Kalau tak silap saya, saya pernah tengok gambar arca tu dalam salah satu cover album kumpulan SEARCH, saya dah tak ingat album kump. SEARCH yang mana… tapi saya ingat, saya pernah lihat gambar arca tu masa saya kecil-kecil dulu~
yeke??saya tak perasan plak..tak sangka sis ni minat search ye??hahhaha
yang minat kumpulan search tu abang-abang saya. jadi kebetulan saya ada pernah ternampak cover album tu seperti gambar arca diatas.
salah satu yang menyebabkan saya ingat arca tu, sebab abang-abang saya suka menakutkan saya dengan mengatakan gambar arca itu adalah gambar ‘hantu’. hehe~
oo..yeke??penakut gak sis ni ye??huhuu
owh..arca ni memang femes wak, banyak kali gak la masuk soalan exam kitorang..memang kenal! hehe
oh, ye ker~ tentu arca tu adalah salah satu dari ’smartest art’… itu yang kerap keluar exam tu~
wah..pandai gak sis dalam art ye??minat gak ke?