Hai..! Salam 1 Malaysia, bertemu lagi kita di DiaryKL. Kali ini kita akan bercerita tentang sebuah bangunan yang menjadi mercu tanda bandaraya Kuala Lumpur, ibu negara Malaysia!
Bangunan ini mengambil nama Sultan Abdul Samad, sempena nama Sultan Selangor pada masa ia mula dibina 1894. Di hadapan bangunan indah ini beberapa peristiwa sejarah berlaku. Di sinilah tempat di mana bendera Union Jack diturunkan pada 31 Ogos 1957 dan bendera Jalur Gemilang dikibarkan. Peristiwa ini menunjukkan berlalulah satu era dijajah kepada era masyarakat yang merdeka.
Bangunan ini diwartakan sebagai Warisan Kebangsaan dalam kategori Tapak Warisan pada 2007 oleh Jabatan Warisan Negara, Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Malaysia di bawah Akta 645.

Pada peringkat awal, nama bangunan ini hanya dikenali sebagai Pejabat Baru Kerajaan (New Government Offices). Apabila Persekutuan Tanah Melayu dibentuk pada 1948, bangunan ini dinamakan Sekretariat Persekutuan (Federal Secretariat).
Tahun 1974, semua pejabat Kerajaan Negeri Selangor dipindahkan ke Shah Alam. Pejabat kerajaan persekutuan Malaysia dipindahkan ke Jalan Duta, Damansara. Oleh itu nama bangunan ini ditukar kepada Bangunan Sultan Abdul Samad sempena nama Sultan Selangor yang memerintah dari 1857 – 1898. Nama ini kekal hingga sekarang.

Kerja-kerja pembinaan dilakukan oleh Jabatan Kerja Raya (PWD). Bangunan ini direkabentuk oleh arkitek Inggeris bernama Arthur Charles Alfred Norman sekitar tahun 1893-1897. Norman menghabiskan masa di benua Afrika dan mendapat ilham daripada masjid di India seperti Taj Mahal yang membawa kepada ciri senibina Moor dalam arkitektur Bangunan Sultan Abdul Samad. Charles Edwin Spooner bertindak sebagai perancang dan Jurutera Negeri . Pengarah PWD ialah R.A.J. Bidwell .A.B. Hubback menyediakan pelan dan lukisan rekabentuk.
Idea dan rekabentuk bermula seawal tahun 1889, setelah W. E. Maxwell mengambil alih tugas sebagai Residen British di Selangor. Kuala Lumpur sebagai ibu negeri Selangor hanya mempunyai bangunan-bangunan rumah kedai dan beberapa bangunan kerajaan yang tidak berapa menonjol. Maxwell telah membawa C. E. Spooner dari Ceylon sebagai State Engineer dan dibantu oleh Bellamy dan A.C. Norman sebagai arkitek.

Reka bentuk asal yang dikemukakan oleh Norman adalah hanya sebuah bangunan yang berkonsep Inggeris Classical Rennaisance. Bidwell, seorang arkitek muda, adalah orang yang bertanggungjawab mengadaptasi seni bina Islam (Mahometan style) sebagai tonggak reka bentuk tampak bangunan tersebut di atas pelan asal Norman selepas Spooner kurang berpuashati dengan reka bentuk tampak yang dikemukakan oleh A.C. Norman.
Kos binaan setelah siap pada April 1897 ialah $152,824. Anggaran awal hanyalah $152,000.Tempoh masa pembinaan ialah 2 tahun 7 bulan. Sebuah kilang batu-batu di bina di Brickfield bagi membekalkan bahan binaan seperti 4 juta batu bata, 2,500 tong simen, 18,000 pikul kapur, 5,000 lb tembaga, 50 tan besi keluli dan 30,000 kaki padu kayu.
Batu-bata yang berkualiti berwarna merah dibawa dari India. Para pekerja terdiri daripada kaum India . Antara kontraktor kecil yang membawa batu-bata ini ialah Ghouse, yang berasal dari Chittagong, India (sekarang Bangladesh).Batu-bata ini dibawa terus melalui Sungai Kelang dan ada sebuah pangkalan berhampiran Masjid Jamek sekarang.

Bangunan ini menjadi latar belakang Perarakan Kemerdekaan setiap 31 Ogos dan sambutan malam Tahun Baru setiap 1 Januari . Perarakan kereta berhias sempena Pesta Flora juga diadakan di sini. Perarakan sempena sambutan Maulidur Rasul 2009 dihadiri oleh Yang di-Pertuan Agong, Sultan Mizan Zainal Abidin. Lumba basikal Le Tour de Langkawi ditamatkan di hadapan bangunan ini. Beberapa drama dan filem tempatan , Hollywood dan Bollywood juga pernah mengadakan penggambaran di sini.
Bangunan ini sememangnya berbaloi untuk dikunjungi, jika anda berhasrat untuk berkunjung ke sini, abda bolehlah merujuk kepada peta di bawah
Sekian dahulu untuk perkongsian kali ini, jika anda suka akan artikel ini, anda boleh lah mengundi artikel dengan menekan butang di bawah :

Terima kami ucapkan untuk undi anda
Hmm…teringat aku mase sambutan kemerdekaan ke 50..memang meriah kat depan ni..
betul tu bro..boleh dikatakan hampir setiap kali sambutan diadakan kt sini..
yup~ walaupun kadang-kadang sambutan hari merdeka yang diadakan tak semeriah ditempat lain, tapi part letupan bunga api tetap ada disitu bagi menghidupkan suasana sambutan hari kemerdekaan…
betul tu..teringat plak pernah sambut tahun 2006..huhuhu
masa latihan sambutan ke 50 aritu..jet sukhoi terbang rendah gila..
bergegor bumi..
baru saya tahu, yang reka bentuk bangunan Sultan Abdul Samad nih di ilhamkan dari bangunan Taj Mahal. Bermakna orang putih zaman dulu juga sangat mengagumi kehebatan seni bina orang Islam. Dan hasilnya, kita lihat sendiri rekaan bangunan ini. Siapa yang sangka ianya direka oleh seorang arkitek Inggeris di masa dahulu…
memang sis..tak dinafikan sememangnya seni bina Islam memang indah dan cantik..
Bangunan Sultan Abdul Samad ni juga dikenali sebagai Supreme Court..teringat dulu pernah ader tourist cari building ni…confius coz derang sebut supreme court..huhuhu
nasib baik tourist..ingatkan terrorist