Hai, salam 1 Malaysia!
100 tahun atau seabad merupakan suatu jangka masa yang amat lama. Pelbagai peristiwa boleh berlaku dalam tempoh yang sepanjang ini. Usia negara kita menyambut kemerdekaan adalah 52 tahun, masih memerlukan sebanyak 48 tahun untuk mencapai usia 100 tahun. Akan tetapi Masjid Jamek di Kuala Lumpur telah pun berusia 100 tahun pada tahun ini 2009. Di mana ia telah dibina pada tahun 1909!

Masjid Jamek, Jalan Tun Perak asalnya telah dibina oleh pedagang-pedagang Islam yang berasal dari India di persimpangan Sungai Klang dan Sungai Gombak, Kuala Lumpur pada zaman penjajahan British. Kedudukannya berhampiran tapak perkuburan awal di situ dan kini terletak berhampiran dengan Dataran Merdeka, stesen Putra LRT dan Star LRT. Ia menjadi sebahagian daripada mencu tanda Kuala Lumpur sebagai Kota Kebudayaan Islam.

Masjid ini merupakan salah satu di antara masjid yang tertua di Kuala Lumpur. Pembinaannya direkabentuk dan diselia oleh Pemangku Arkitek Kuala Lumpur, Arthur Benison Hubback, yang sebelum ini bertugas di Jabatan Kerja Awam di India. Pihak British membina Masjid Jamek berhampiran dengan pusat pentadbiran iaitu Bangunan Sultan Abdul Samad di seberang Sungai Gombak.Masjid ini memudahkan kakitangan kerajaan beragama Islam mengerjakan solat lima waktu dan solat Jumaat.

Seni bina masjid ini menjadikan ia sebagai mercu tanda yang kemudiannya berkembang sebagai nadi bandaraya Kuala Lumpur. Masjid Jamek merupakan masjid utama bagi solat Jumaat dan pusat aktiviti Islam sehinggalah pembinaan Masjid Negara pada tahun 1967. Masjid ini tidak dapat diperbesarkan kerana dihimpit oleh Sungai Klang dan Sungai Gombak. Awalnya ,mereka yang hendak solat perlu mengambil wuduk di bucu pertemuan sungai. Beberapa lapis tangga dibina ke dalam sungai untuk memudahkan orang ramai mengambil air sembahyang.

Reka bentuk masjid ini menurut tata rajah tradisional India Utara, dengan dewan solat terbuka ke arah laman tertutup atau “sahn”. Masjid ini diapit dengan dua menara dan beberapa menara lebih kecil. Kubah bebawang di kemuncak dewan solat dan di kemuncak menara menyerupai seni bina Moghul.

Masjid Jamek adalah contoh seni bina “rasmi” British di Malaysia, yang membabitkan gabungan unsur Moor dan Mughal. Belang merah dan putih dinding batu sama seperti Masjid Jamek di Cordoba, Sepanyol, membentuk dinding luar masjid. Persamaan lain dengan masjid Moor boleh dilihat pada gerbang bertiang dalam bentuk berpetak dan perincian dengan selang jalur batu-bata, plaster dan marmar.
Jika anda inginkan sebarang maklumat lanjut berkenaan Masjid Jamek, sila hubungi: Pusat Pelancongan Malaysia (MATIC), 109 Jalan Ampang, Kuala Lumpur 50450. Tel: +603-9235 4848 / 9235 4900 Faks: +603-2162 1149
Jika anda sukakan artikel dan gambar-gambar ini, anda boleh mengundi artikel ini dengan menekan butang di bawah:

Terima Kasih kami ucapkan untuk undian anda, Terima Kasih
Lama betul masjid ni, tapi dgn penjagaan yang baik, macam masjid baru plak…
betul tu bro…kena jaga Masjid ni elok-elok, walaubagaimanapun kagum dengan keindahan dan kebersihan masjid Jamek ni..
kawasan Masjid ni tempat laluan orang ramai juga tumpuan pelancong… memang perlu dijaga kebersihannya dengan baik. sikap tidak membuang sampah merata-rata juga sangat baik untuk mengekalkan kebersihan tempat sebegini.
betul tu sis..Masjid Jamek ni memang tumpuan pelancong…malangnya, di Sungai Gombak dan Kelang agak tercemar dengan sampah sarap..
oh, ye ker? hurmm~ sadislah kalau macam tu~
Masjid Jamek KL ni memang unik..terletak di tengah-tengah pertemuan antara Sungai Kelang dan Gombak…tu yang buat pemandangan masjid ni lagi cantik..
betul tu… memang unik Masjid Jamek nih~
huhuhu..tau takpe..dahla kedudukan yang cantik…antara tertua di KL ni..
kedudukan mmg cantik….senang warga kota nk dtg solat..
betul bro..tengah-tengah KL…jemaah datang dari segenap KL..
Oh, baru saya tahu. Masjid Jamek nih, lebih tua dari Masjid Negara rupanya…
betul tu..good info blog owner!!
yup! teruskan usaha memnyebarkan info KL diblog ini…
banyak info yang tidak diketahui umum boleh dapat dalam blog ni…
hehehe….terima kasih untuk sokongan anda semua.. terharu pulak… sob sob..
huhuu..terharu bro???jangan nangis la..buruk rupe..huhuu
relax la… takkan nangis kot~ meh sini, saya hulurkan tisu ya~
Masjid tempat Tabligh berkumpul kat sini la kan..
Tabligh berkumpul kat sini? hurm~ info baru nih… ye ker? saya pun tak tahu…