Hai! Salam 1 Malaysia
Tahukah anda di negara kita Malaysia ini terletak sebuah muzium kesenian Islam yang terbesar di Asia Tenggara? Kalau anda belum tahu, kami akan beritahu sekarang! hehe
Muzium Kesenian Islam Malaysia merupakan muzium yang pertama dan terbesar di rantau Asia Tenggara yang dikhususkan bagi kesenian Islam. Ia terletak di Kuala Lumpur, Malaysia dan dibuka pada 12 Disember 1998.

Bangunan Muzium Kesenian Islam ini direka oleh rakyat Malaysia yang mempamerkan keindahan senibina Islam. Ciri-cirinya yang paling menonjol adalah binaan lima kubah. Empat kubahnya boleh dilihat dari luar, sementara kubah kelima hanya boleh dilihat dari dalam bangunan.

Muzium Kesenian Islam memuatkan sehingga 7 ribu artifak termasuk contoh kerja logam dan seramik Islam. Ia juga memiliki perpustakaan mengenai buku-buku kesenian Islam. Bangunan muzium ini merangkumi kawasan seluas 30,000 meter persegi dan terletak di kawasan yang segar menghijau di Taman Tasik Perdana Kuala Lumpur.

Bahan-bahan artifak seni yang dipamerkan terdiri dari objek sekecil perhiasan yang indah hingga ke salah sebuah model Masjidil Haram yang terbesar di dunia.

Objektif muzium ini adalah untuk mempamerkan koleksi kesenian Islam yang benar-benar mewakili keseluruhan dunia Islam. IAMM memberikan penekanan kepada hasil kesenian dari Asia dan tidak bertumpu semata-mata kepada hasil seni dari Parsi dan Timur Tengah.

Hasil seni dari negara China dan Asia Tenggara juga banyak terdapat di sini. Komponen ketiga terutama di dalam masyarakat Malaysia ialah India yang juga telah diberikan penghormatan yang sepatutnya. Malahan dunia India, China dan Melayu membentuk kategori eksklusifnya yang tersendiri. Bahan-bahan artifak yang lain pula dipamerkan di 12 buah galeri lain berdasarkan jenis artifak tersebut dan bukan tempat asalnya.
Tempat ini sangat menarik untuk dikunjungi, jika anda sukakan maklumat di dalam artikel ini, anda boleh mengundi artikel ini dengan menekan butang di bawah:

Terima Kasih kami ucapkan untuk undian anda, Terima Kasih
Teringin sangat nak datang sini…. hehe
Muzium Kesenian Islam ni adalah salah satu tempat yang belum pernah saya jejaki. Mungkin suatu hari nanti… Kalau ada rezeki, nak juga saya melawat Muzium nih…
hehe, nanti kalu nak pergi jgn lupa ajak sy sekali…sy pun belum pernah sampai!
Kat Trg pon terbesar di asia tenggara jugak..
salam ukhwah…seronok sngat2 dpat melawat kt sana…
indahnyer islam…penuh dngan kesenian…
assalamualaikum..adakah muzium ini membenarkan sebarang kajian dilakukan oleh pelajar ?