Hai, Salam 1 Malaysia !
Semoga anda semua sihat sentiasa hendaknya, kalau tak sihat jangan lupa makan ubat yer
. Baiklah, topik kali ini masih lagi berkenaan dengan Semangat Satu Malaysia, kami suka untuk bercerita tentang topik ini kerana ia seperti sesuatu yang memberi keceriaan kepada kami untuk menulis dan berkongsi dengan anda.

Kuala Lumpur menyatupadukan kaum? Tempat lain tak menyatupadukan kaum ke? Hehe, bukan itu maksud kami. Kita semua tahu bahawa Kuala Lumpur adalah ibu negara kepada negara kita Malaysia. Oleh sebab itu, peranan Kuala Lumpur dalam mengumpul dan menyatupadukan kaum ini lebih terserlah berbanding tempat-tempat yang lain,
.

Jika anda tinggal di Kuala Lumpur, anda pastinya sudah sedia maklum tentang masyarakat yang ada di sini. Semua kaum, tidak mengenal bangsa, agama dan warna kulit ada di Kuala Lumpur dengan tujuannya yang tersendiri. Kita mengambil contoh yang mudah, iaitu kedai makan, ataupun restoran. Sektor ini tidak hanya dikuasai oleh sesuatu kaum sahaja, semua kaum dilihat saling melengkapi antara satu sama lain. Kaum India dan mamak terkenal dengan roti canai, teh tarik ataupun nasi kandarnya. Orang melayu pula sangat masyhur dengan nasi lemak, dan orang cina pula terkenal dengan sup-sup serta pelbagai lagi resepi nenek moyang mereka.

Dan apa yang kita dapat lihat, setiap kaum tidak lokek untuk mencuba masakan dari pelbagai jenis kaum ini. Orang India tiada masalah untuk mencuba kesedapan nasi lemak, orang melayu pula tanpa segan-segan menggemari nasi kandar, dan kita selalu melihat yang orang cina juga sangat menyukai roti canai. Anda dapat lihat bagaimana kaum disatupadukan? Perkara ini suatu perkara yang halus untuk diperhatikan, tetapi inilah hakikatnya. Kita jangan memandang sesuatu perkara itu dengan tanggapan negatif, lihatlah ia dari sudut yang positif, pasti kita akan nampak kejernihan di sebalik kepelbagaian kaum ini.

Melalui slogan ‘Rakyat Didahulukan dan Pencapaian Diutamakan’, konsep Satu Malaysia yang diilhamkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, suasana ini dapat dilihat sebagai suatu keadaan yang sihat. Secara umumnya, gagasan Satu Malaysia dilihat sebagai tepat pada masanya dan berada pada landasan yang betul untuk mempersiapkan rakyat Malaysia sebagai satu bangsa yang maju seterusnya mencapai wawasan 2020. Satu Malaysia bertujuan untuk menyatupadukan rakyat – paling penting bagi memastikan tiada rakyat di negara ini terpinggir daripada arus pembangunan. SATU MALAYSIA!

Kami harap anda mendapat manfaat dari perkongsian kali ini, jika anda suka artikel ini anda boleh mengundi artikel ini dengan menekan butang di bawah:

Undian anda amat bermakna buat kami, Terima Kasih kami ucapkan
Hehe…hepy plak tengok orang cina belajar buat roti canai…
huhuhu..betul tu..aku pernah tengok orang India buat nasi lemah rendang..huhuu
orang cina pun minat belajar buat roti canai yerk. cayalah!
haa..itulah yang dikatakan semangat 1Malaysia..huhuhu
untung kita hidup di negara yang aman harmoni dan kaum bersatu padu….syukur Alhamdulillah..
yup. semoga keamanan ini berkekalan~
amin..moga doa diperkenan kn..amin..
diharapkan perpaduan kaum ini kekal sampai bila-bila… peace no war~
amin..itu sentiasa menjadi soa seluruh rakyat Malaysia..
soa ker, doa? typing error nih.. hehe~
hhuhuu..soa ke sis??perasan je sis ni..maaf ye??malu..huhuu