Hai, Salam 1 Malaysia
Bersesuaian dengan objektif DiaryKL, iaitu untuk membuahkan lebih kefahaman dan memberi lebih pendedahan tentang aktiviti-aktiviti positif yang dilakukan oleh individu-individu, badan-badan amal dan kumpulan-kumpulan di Kuala Lumpur, kali ini kami akan berkongsi dengan anda beberapa buah Rumah Anak Yatim yang terdapat di Kuala Lumpur.

Dengan adanya rumah kebajikan untuk anak-anak yatim ini, nasib anak-anak yatim di kawasan Kuala Lumpur dan kawasan yang berdekatan telah terbela dengan begitu baik sekali. Di sini mereka akan menerima layanan yang baik serta panduan kehidupan yang sepatutnya diterima mengikut usia mereka masing-masing.

Melalui badan amal rumah anak yatim ini juga, orang-orang awam dapat menghulurkan sumbangan mereka di tempat yang lebih sepatutnya. Selama penubuhan rumah-rumah anak yatim ini, mereka telah menerima banyak bantuan atau sumbangan derma dan sebagainya daripada pihak-pihak lain. Dengan ini, pembelaan nasib anak-anak yatim dapat dilakukan dengan lebih sempurna
Di sini kami senaraikan beberapa buah rumah anak yatim yang terdapat di Kuala Lumpur, supaya kita semua mendapat lebih pendedahan tentang aktiviti-aktiviti sebegini.
1. Kompleks Anak Yatim Darul Kifayah
Kampung Baru, Batu 5, Jalan Ipoh, 52000 Kuala Lumpur
Tel : 03 – 6257 6864 / 6257 0960
Fax: 03 – 6258 1254
Person in Charge: En. Abdul Hakham b. Awang
http://darulkifayah.blogspot.com/
2. Rumah Kanak-Kanak Tengku Budriah
Batu 4 Jalan Cheras, Cheras, 56000 Kuala Lumpur
Tel : 03-9131 8439
Fax: 03-9130 2739
Person in Charge: Puan Ziton Hj Uda
3. YAYASAN ANAK-ANAK YATIM PINGGIR TAMAN TUN DR. ISMAIL
No. 2, Jalan 5/71B, Taman Tun Dr. Ismail, Jalan Damansara,
60000 Kuala Lumpur
Tel : 03-7725 8592
Fax: 03-7725 6652
Person in Charge: -
http://rumahanakyatimttdi.blogspot.com/
Email : ytmpttdi@tm.net.my
4. ASRAMA DARUL FALAH (ASDAF)
Bukit Persekutuan, Kuala Lumpur
Tel : 03-2831009
Fax: -
http://rumahanakyatimasdaf.blogspot.com/
Person in Charge: Haji Shahidan Abdul
5. Rumah Anak-Anak Yatim dan Saudara Baru Shifa’
No. 5, Lorong Bunga Cina,
Taman P. Ramlee, Setapak,
53000 Kuala Lumpur
Tel: 017-3387959
Fax: 03-40234818
Email: shifa_praktis@yahoo.com
http://rumahanakyatimshifa.blogspot.com/

Bersama-sama dengan senarai ini, kami sertakan juga alamat, email dan blog mereka supaya memudahkan kita semua sekiranya ingin menghubungi mereka pada masa akan datang. Anda juga boleh menghulurkan sebarang bantuan kepada mereka melalui senarai alamat dan email ini. Ingatlah, amat besar pahala bagi orang yang menolong anak-anak yatim.
Jika anda sukakan perkongsian kami ini, anda boleh mengundi artikel ini dengan menekan butang di bawah:

Undian anda amat bermakna untuk kami, Terima Kasih kami ucapkan
Jika ada kesempatan, saya ingin sekali singgah ke tempat-tempat ini…
bagus tu bro…buat amal jariah..
yup, danzaimar pun boleh join buat amal jariah juga kalau mahu…
insyaAllah kalo ader rezeki lebih…
alhamdulillah~ semoga ada rezeki kamu…
amin..thanks sis coz sudi doakan saya..
amin….
Assalamualaikum wbt.
Sekiranya anda menderma ke rumah anak yatim, anda akan dapati ada kelainan implikasi nya pada diri/kewangan. InsyaAllah.
The best place to donate is Rumah Anak Yatim.! Believe it or not..
hmm..ramai orang cakap mcm ni, kita semua patut cuba…mgkin dgn cara ini akn mmberi kita lebih ketengan..terima kasih en muhammad..
betul tu bro..walaubagaimanapun, niat menderma kena ikhlas..insyaAllah lebih berkat..
ikhlas dan sabar.. 2 perkara yang membawa berkat…
betul tu…dua perkara yang dipegang dan membawa keberkatan..
kalau dekat IPT dulu, selalu jumpa anak-anak yatim yang dijemput untuk berbuka puasa bersama kami, pelajar-pelajar IPT di Surau waktu bulan Ramadhan. Bagi sesiapa yang aktif dalam pentadbiran surau/masjid di IPT, alamat dan no contact begini memang sangat-sangat berguna untuk mengadakan sebarang majlis untuk anak-anak yatim ini…
bagus tu bro..bila banyak program camni, baru golongan anak yatim tak terasa seperti di abaikan..
itu sudah tentu danzaimar~
aku cuba memahami hati mereka..
akuro beljar kt mane dlu?
saya bekas pelajar UniKL yang kampusnya berada di area Sepang…
ooo uniKL, mmg expert la area KL ni kan..
huhuhu..akuro ni kira dah pakar jalan-jalan KL ni..huhuhu