WordPress Now
WordPress Now

Hai, Salam 1 Malaysia! :)

Kami di DiaryKL mengharapkan anda sentiasa sihat dan ceria selalu di samping orang yang tersayang! Artikel kali ini bukan untuk bercerita tentang destinasi menarik, bukan juga untuk bercerita tentang juadah enak di restoren-restoren terpilih, tetapi untuk menyeru anda dan kita semua untuk sama-sama menjadi lebih bersatu menjadi rakyat yang berjiwa 1 Malaysia!

kids

Kita sememangnya telah pun bersatu, kita semua rakyat Malaysia telah 52 tahun menikmati suasana negara merdeka. Sangat diakui negara kita Malaysia boleh dikatakan aman dan sejahtera, dengan pemimpin-pemimpin yang juga berjiwa rakyat. Kita sememangnya telah pun merdeka dan juga bersatu. Akan tetapi, setiap sesuatu yang baik itu sentiasa boleh menerima penambahbaikan dari pelbagai segi. Sama juga dengan keadaan kita rakyat Malaysia, kita masih lagi boleh menyumbang di dalam usaha pembentukan negara Malaysia yang bersatu padu sekaligus manyahut seruan 1 Malaysia yang kita bangga-banggakan!

1260148549_dccad437da

Kami di DairyKL ingin memetik Perutusan Hari Kemerdekaan Ke 52 yang lepas, di mana ia menyatakan kita sebagai masyarakat Malaysia boleh memberi sumbangan ke arah 1 Malaysia yang bersatu padu melalui beberapa langkah. Pertama ialah dengan memahami dan menghayati kembali sejarah pembentukan negara ini. Hal ini menuntut masyarakat Malaysia meningkatkan bacaan dan kajian terhadap susur galur perjuangan menuntut kemerdekaan menerusi perspektif yang menyeluruh. Menerusi pembacaan dan pengkajian ini, masyarakat Malaysia tentu akan terdedah dengan latar kehidupan negara sebelum kemerdekaan, memahami liku-liku di dalam proses mencapai kemerdekaan, mengenali tokoh-tokoh penjuang kemerdekaan dari segenap kumpulan masyarakat dan kaum serta memahami asas-asas permuafakatan antara kaum-kaum di negara ini yang telah membawa kepada kemerdekaan negara.

kaum

Langkah kedua ialah dengan mempertingkatkan hubungan dan pergaulan antara kaum di negara ini. Sebagaimana yang kita sedia ketahui, masyarakat kita tergolong kepada beberapa kelompok kaum yang terdiri dari kalangan masyarakat Melayu, Cina, India, Bumiputra Sabah dan Sarawak dan masyarakat Orang Asli. Kepelbagaian masyarakat Malaysia ini perlu dijalin secara kukuh dan berterusan. Peningkatan hubungan dan pergaulan menerusi pelbagai cara yang sesuai dan wajar antara pelbagai kaum boleh menghilangkan jurang dan tembok pemisah yang banyak disaluti oleh kepentingan kelompok. Di samping kita terus mengekalkan identiti kelompok yang kita warisi, masyarakat Malaysia hendaklah bersatu di atas semangat kenegaraan sebagai ‘’Anak Malaysia’’.

bersatu

Langkah ketiga ialah menerusi peningkatan penguasaan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan negara kita. DairyKL ingin menyeru seluruh masyarakat Malaysia supaya meningkatkan penguasaan bahasa kebangsaan samada dari aspek kefahaman dan pertuturan. Ini kerana bahasa Melayu ialah bahasa penghubung antara kita semua. Sekiranya masyarakat Malaysia tidak berkongsi satu bahasa pengantaraan yang sama, kita semua tidak akan dapat berkongsi perasaan kecintaan kepada negara dan tidak mungkin akan dapat menghayati cita-cita perjuangan yang sama sebagai anak Malaysia.

1malaysia

Perkongsian kali ini benar-benar ingin menyeru rakyat Malaysia supaya sama-sama menyahut seruan kerajaan di dalam pembentukan semangat 1 Malaysia. Ini juga sangat bersesuaian dengan salah satu objektif pembinaan Blog DiaryKL ini iaitu untuk menanam semangat 1 Malaysia ke dalam jiwa kita semua! 1 MALAYSIA! 1 MALAYSIA! 1 MALAYSIA!


Jika anda suka perkongsian kami kali ini, anda boleh mengundi artikel ini dengan menekan butang di bawah:

Undian anda sangat bermakna untuk kami, Terima Kasih kami ucapkan untuk undian anda :)

10 Responses to "1 Malaysia, Kita Perlu Bersatu!"
  • miLsUm November 19, 2009 at 11:06 pm

    Kita sangat beruntung menjadi rakyat Malaysia :)

    • danzaimar November 22, 2009 at 6:33 am

      betul tu..Malaysia ni negara bertuah..bertuah kita sebagai rakyat Malaysia…

  • danzaimar November 22, 2009 at 6:34 am

    Hujan emas di negara orang..hujan batu di negara sendiri..lebih baik di negeri sendiri…untung dan syukur jadi rakyat Malaysia…

    • Akuro San November 23, 2009 at 6:14 pm

      ish, salah tu~ hujan emas dinegara sendiri, hujan batu dinegara orang… ramai kot, orang negara luar yang nak menetap di Malaysia… hehe~

      • Fathiha Zainal November 23, 2009 at 10:49 pm

        Dan skrg mmg musim hujan pon.. Hehe… :P

        • Akuro San November 24, 2009 at 1:57 pm

          itu hujan air fathiha… lama-lama jadi banjir. hehe~

  • Akuro San November 23, 2009 at 6:26 pm

    Malaysia, bukan sekadar negara yang berada dikawasan yang terlindung dari bencana, malah cara kemerdekaan yang tidak menumpahkan darah adalah kelebihan yang perlu kita kekalkan sampai bila-bila.

  • Fathiha Zainal November 23, 2009 at 10:51 pm

    Yeaahhh!! 1 Malaysia!! Proud to be a Malaysian. Dan amat2 bersyukur dapat hidup dalam keadaan aman damai kat Malaysia ni… :D

    • Akuro San November 24, 2009 at 1:58 pm

      yup! tak dinafikan. Memang berbanggalah jadi rakyat malaysia nih~

      • miLsUm November 27, 2009 at 12:50 am

        Saya turut berbangga! hehe

Leave a Reply:

* Name

* Email Address

Website Address

Popular Articles
Featured Video
Categories
Blogroll

Recent Comments
  • EH,CANTIKNYAA...BEG TUU....... more
  • assalamualaikum..adakah muzium ini membenarkan sebarang kaji... more
  • terima kasih kerana bertanya, buat masa ini kami belum ada m... more
  • boleh ke saya request nama semua cikgu di malaysia buat masa... more
  • maaf, sy x dpt lg email dr bro...harap sent balik...tq... more